Friday 2 November 2012

Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan

Assalamulaikum & Selamat Petang

Alhamdulillah bertemu lagi bersama ambo pada petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh keberkatan ini..Hari ni ambo nak berkongsi tentang tajuk kutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam pada kutbah Jumaat tengahari tadi..Tajuk kutbah yang disampaikan oleh Imam pada kutbah jumaat tadi ialah "Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan".

Antara intisari kutbah yang disampaikan oleh Imam pada kutbah Jumaat tadi ialah :

Hari ini, sudah menjadi fenomena bagi kebanyakan pasangan pengantin baru untuk meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka itu dengan pelbagai persiapan dan perbelanjaan. Seringkali, pengantin dihiasi dengan pakaian yang indah dan mahal, duduk di atas pelamin yang penuh dengan hiasan serta dilengkapkan dengan hidangan jamuan yang pelbagai menunya. Itu belum lagi mengambil kira hantaran yang berlebihan, hadiah cenderahati untuk para tetamu, kos menyewa dewan atau hotel, kos penyediaan makanan yang tinggi, persalinan pengantin dan kos penggambaran yang tinggi.

Sebenarnya, mengadakan walimah adalah sebahagian dari tuntutan agama. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan mematuhi kehendak agama. Sekiranya kita mahu mencapai keredhaan Allah, maka beberapa perkara perlu dielakkan dan diperhatikan:

1) Perlumbaan memeriahkan majlis perkahwinan sering mendedahkan masyarakat kepada budaya bermewahmewah yang boleh melupakan manusia kepada matlamat hidup di akhirat.

2) Perbuatan bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan juga boleh menimbulkan irihati manusia lain. Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita agar berwaspada dalam menguruskan nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Sabda baginda SAW:
“Usahakanlah untuk menjayakan keperluan kamu dengan merahsiakannya, kerana sesungguhnya setiap orang yang memiliki nikmat itu didengki”. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

3) Perbelanjaan besar bagi meraikan perkahwinan merupakan suatu pembaziran, jika ia melampaui uruf dan kebiasaan masyarakat. Apatah lagi, sampai keluarga pengantin terpaksa meminjam wang untuk menjayakan majlis itu. Kadang-kadang, walaupun anak daripada perkahwinan itu sudah berderet, namun hutang belanja perkahwinan belum habis-habis dibayar.

Kutbah Jumaat hari ini menyeru agar kita semua bersederhana di dalam kehidupan, termasuk dalam menguruskan majlis perkahwinan. Janganlah pula kita membazir dalam soal perbelanjaan perkahwinan. Sedangkan kos perbelanjaan yang besar itu lebih baik digunakan untuk kehidupan pasangan selepas perkahwinan, bukan dihabiskan dalam masa sehari dua sahaja. 

Jika kita tetap mahu berbelanja, adalah lebih baik perbelanjaan itu digunakan sebagai sumbangan untuk orang-orang miskin dan anak yatim sempena perkahwinan itu. Atau, kita mengundang mereka makan bersama dalam majlis keraian kita secara percuma. 
Gambar Hiasan
Sekian perkongsian daripada ambo pada petang ini..Terima kasih sudi singgah sini..TQ..

8 comments:

  1. Kadang kadang saya pun teringin nak buat wedding yang diimpikan, yang macam artis. Tapi saya jenis yang ukur baju di badan sendiri. Kalau bermewah tapi berhutang dan penuh dengan riak buat apa jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu cik fifie..Buat sekadar ikut kemampuan kita je..tu pun dah ok.. :)

      Delete
  2. orang zaman sekarang ni pikir trend je buat majlis kahwin mahal2...padahal kalau buat apa yg wajib je dah la kan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu cik Marlia..trend majlis perkahwinan sekarang dah mcm nak menunjuk2 pulak..semua nak lebih2 drp orng lain..

      Delete
  3. Setuju sangat dengan entry ni.. =)

    pssttt, owner blog ni dah kahwin ke belum? hahaha saje je tanya. nak tahu jugak owner kahwin buat majlis yang camne. hiks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadia Elina..

      *Owner blog ni belum kawin lg..msih bujang..hehehe..

      Delete
  4. tol tu en.hanif... klw ans kn., nk wt simple je., asalkan ada knduri mkn2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tu bru btul cik anis..hehe..nak kawin jgn lupa jemput..hahaha...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...