Monday 11 June 2012

3rd Place Geospatial Students Innovation Competition (GeoSIC 2012)

Assalamulaikum & selamat malam..

Malam ni ambo nak cerita sikit pasal Geospatial Students Innovation Competition (GeoSIC 2012) peringkat UiTM yang berlangsung hari ini..Pertandingan ini diadakan di peringkat UiTM untuk memilih wakil daripada UiTM ke National Geomatics/Geoinformations Students Innovation Competation yang akan diadakan pada 2hb Julai nanti di kampus UTM, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Ambo bersama member ambo Hafiz telah menyertai 2 kategori iaitu Map and kategori System..pada petang tadi ambo tak sangka pulak boleh mendapat tempat ketiga untuk kedua-dua kategori..peserta-peserta yang lain pun sangat-sangat hebat belako..hehe..mungkin rezeki ambo mendapat tempat ketiga..

Print poster A0 dlu sblm pertandingan

Para juri menilai map-map peserta

tngh mengira markah rasanya..

Bakpo suko tu..?ambik gambar jah pung..xkelakar..


Untuk menjadikan cerita ini bersambung lagi nanti dan lebih menarik..hahaha..ambo bersama member ambo telah terpilih untuk mewakili UiTM ke pertandingan tersebut julai nanti..apa pun terima kasih untuk semua yang terlibat membantu ambo..

3rd Map competition

3rd System competition

Bergambar kenangan sikit..hehe

(3rd)Map vs System(3rd)

sebahagian para juri, peserta, dan ajk ..yang lain-lain dah balik..hahaha


Terima kasih dan bertemu lagi nanti bersama ambo.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...