Monday 28 May 2012

Di Hari Terakhir Himpunan Belia & Jom Heboh Putrajaya 2012

Assalamulaikum & selamat malam..


Pada hari ini baru ambo berkesempatan untuk ke Himpunan Jutaan Belia dah Karnival Jom Heboh yang diadakan di Putrajaya..sebenarnya dah dua tiga hari lepas lagi ambo bercadang untuk ke sana tapi banyak halangan yang terjadi dan sibuk dengan tugasa serta kerja part time..

Lepas je habis kerja petang tadi, ambo bersama member ambo terus ke Putrajaya..Ambo bercadang untuk berada kat sana sampai lewat malam..dah lama tak tinjau2 suasana malam kat Putrajaya..Ambo sampai pun dah agak lewat dan terus ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu..dapat la juga ambo mengambil beberapa panorama Putrajaya daripada masjid ini..

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

View from Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Lepas keluar daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, ambo terus munuju ke Present 2. Bermula langkah menggunakan kaki start daripada booth paling hujung sekali dekat dengan Sasuke Malaysia membawak beberapa kilometer sehingga ke Pentas Utama..Memang nak tercabut la rasa kepala lutut ambo berjalan..memang sangat besar dan best..rugi la kalau sapa-sapa yang tak pernah datang ke Karnival Himpunan Belia ini di Putrajaya ini..macam-macam program ada dan banyak juga hadiah-hadiah yang menanti para peserta..

Di booth Sasuke Malaysia..

dah xda orang dah..hahaha..

On the center of Himpunan Belia..hahaha.. 

Sempat lagi singgah tngk shuffle jap..

Kat sebelah tu ambo tak kenal pun..sapa entah..nak bergambar sana..

Baju-baju!!Murah2..1 helai RM10 je...hahaha..


Persembahan Wayang Kulit..

Bersama Jurufoto ambo tadi..Hafiz..Tq2..

Last skali ambo tinjau-tinjau pula di Karnival Jom Heboh TV3..masa tu dah banyak booth yang tutup..ambo pun dah sampai lewat petang..jadi tak la berkesempatan untuk meninjau kesemua booth di sana..nanti lain tempat la ambo join lagi..ok la ambo rasa..nak cerita panjang-panjang dah xda modal rasanya..cukup la stakat ini sahaja..
Karnival Jom Heboh TV3


Sempat lagi posing tu..hahaha

Terima Kasih kepada yang sudi membaca..Jumpa lagi..bye..

Sunday 27 May 2012

Part Time Weekend jobs at UPM & Pandamaran Klang

Assalamulaikum..
selamat hujung minggu kpd 
semua warga-warga 
bloger..

Ambo nak update sikit je harini..malas nak tulis banyak-banyak..nanti tulis panjang-panjang jadi boring plk bila baca..sory la sbbambo tak pandai sangat nk tulis entry-sntry yang menarik untuk dibaca..hahaha..
Semalam dan hari ini ambo berkerja part time sebagai pelayan (caterer) bersama Hanis Catering dan Saliha Catering di UPM dan harin di Pandamaran,Klang..

Biasa la kalau hidup bujang-bujang ni dah dekat hujung-hujung sem ni dana untuk menampung kehidupan di dunia ni kurang la sikit..bujet asyik lari je tiap-tiap bulan..Sebenarnya dah lamo ambo berkerja dgn Katering ni cuma sebelum-sebelum ni xda rezeki je..kouta dah penuh..rasanya dah cukup panjang kot cerita ambo hari ni..terima kasih sudi singgah dan membaca entry ambo ini..TQ..





Friday 25 May 2012

My Busy Day..Shah Alam - KLIA - Klang...

Ambo nak sambung lagi sikit cerita ambo pada hari ini..tngok dlu ambo tulis entry ini bayak ke sikit..kalau banyak tu ambo silap kot..hahaha..mintak maaf la..

Selepas berjaya menyiapkan kesemua kerja-kerja untuk map competition..ambo menuju ke uitm untuk kelas presentation Enviroment Study..Selepas kelas jumpa lecture untuk map competition dan seterusnya bergegas ke lab untuk print map serta poster-poster untuk competition tersebut..Dalam kesibukan di uitm, Mak Sedara ambo menghubungi ambo untuk ke KLIA kerana ada urusan yang perlu ambo lakukan untuk beliau.. Urgent sangat-sangat..

Ambo dengan member ambo apa lagi, terus tinggalkan uitm menuju ke KLIA..Sebenarnya ambo belum sampai lagi ke KLIA dengan kenderaan sendiri..sebelum ini datang dengan bas je..Dah sampai kat KLIA tu pusing-pusing cari tempat parking Motosikal..kitaorng silap msuk lorong terus tak jumpa sign Park untuk motosikal..Kena pusing satu pusingan lagi baru la jumpa tempat untuk parking motosikal..Kalau parking motosikal bayaran cuma RM1 je..

View from KLIA
Dah masuk kat kompleks bungaraya di KLIA tu, ambo selesaikan urusan mak sedara ambo tu dlu..agak lama la juga nak sattel..Dah semua urusan selesai, apa lagi ambo bersama member ambo pusing pusing untuk mencari apa-apa yang boleh mengisi perut ambo ini..Dah sampai kat Mcd tu beratur la kitaorng..sambil tu terfikir la nak ambil gambar kat dalam KLIA in, tapi kamera Lumix ambo tak dibawa kali ini keran member ambo pinjam..sungguh kuciwa sikit la ambo..Jadi anset nokia ambo la yang menjadi penganti kamera ambo tu..Gambar-gambar kali ini agak kurang jelas la sikit..maklumlah kamera anset 3.2 mpixel je..

Action je ni..tak order pun..

haha..Mcd KLIA

Sambung lagi cerita kat Mcd tadi, sebenarnya kat KLIA ini Mcd di sini terkecuali dari pakej McValue Dinner. Jadi kitaorng berundur la kembali keluar dari situ..hehehe..Orang kat belakang tu dah pelik dah nampak kitaorng tak jadi oder..Dia ingat burger dah habis kot..hahaha..Jadi kitaong makan je kat Mcd Petronas menghala keluar KLIA..jimat bujet..Kitaorng pusing-pusing la dalam KLIA ni sambil tangkap-tangkap gambar..



Troli bagasi pinjam ini..hahaha..mcm nk naik flight dh..


Action mcm nk berlepas naik flight pulak..



Nampak mcm kat menara Airport pulak..

Sebelum balik ke Shah Alam tu sempat la keluar dari Bangunan KLIA ni nak ambil gambar kat bahagian luar lavel 5 bangunan KLIA. Tengah-tangah ambil gambar dengan member ambo, datang la seorang pelancong mintak untuk bergambar dgn beliau,siap berbual lagi dgn Kofi nama beliau..hahaha....Kalau KOPI memang padan dah dgn nama..hahaha..


mcm tunggu teksi je..haha

No comment..

Hafiz & Cofi

Hanif & Cofi..Bukan Kopi yea..

Kitaorng balik ke Shah Alam selepas maghrib dan selepas itu menuju ke Kapar, Klang untuk menjelaskan tentang Produk Digital Sattelite TV yang kitaorng guna kat rumah sewa ini..Terima kasih sebab sudi membaca kisah ambo pada hari ini..kisah yang agak busy dan serabut mcm entry ini juga..haha..TQ

GeoSIC Map Competition (System & Map)

Assalamulaikum & Selamat Malam

Ambo rasa harini merupakan yang sibuk sangat bagi ambo..macma-macam perkara yang perlu dilakukan dan perlu ambo siapkan..ni semua bukan berkaitan dgn thesis ambo pun..yang tu pun tak siap2 lagi..ish2..

Interactive Map ( Flash )

Sebenarnya daripada semalam lagi ambo tak tidur semata-mata untuk menyiapkan Interactive Map competition kategori system dan juga bersama-sama sorang lagi member ambo yang turut sama berjaga dari semalam menyiapkan untuk kategori Map..Bukan senang nk siapkan map sebenarnya lagi-lagi dalam saiz yang besar iaitu A0 size..semua nak kena ambil kira..skala,saiz tulisan,saiz gambar dan mcm-mcm lagi la..kitaorng juga kena siapkan poster serta slide presentation juga...kat bawah ni ambo sertakan sample yang kitaorng siapkan semalam..tak berapa nk menjadi sangat..haha..

Interactive Map Poster

Map Poster

Slide Presentation

Terima Kasih..

Wednesday 23 May 2012

Jom Sertai Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya

Himpunan Jutaan Belia 2012 @ Putrajaya 23 - 27 Mei 2012



Marilah sama-sama kita semua warga-warga belia di seluruh Malaysia  menyertai Himpunan Jutaan Belia 2012  yang  berlangsung bermula hari ini sehingga 27 Mei di Putrajaya. Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini ".

Click image for enlarge
Marilah sama-sama kita memeriahkan Himpunan Jutaan Belia 2012 bermula hari ini di Putrajaya sehingga hari ahad 27 mei 2012. 


Ambo pun mungkin akan berada di sana juga..Terima Kasih.

Tuesday 22 May 2012

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan - PICC Putrajaya

Assalamulaikum & Selamat Malam

Hari ini ambo berkesempatan untuk menghadari Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan ke 5 (NGIS) yang juga merupakan hari terakhir program tersebut  diadakan  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 


Mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan  (NGIS). Mari ambo cerita sikit..Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS)  ni merupakan program secara dwi tahunan yang diadakan sejak tahun 2004 yang melibatkan semua peringkat dan agensi. Tujuan simposium ini diadakan bagi menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini, Merealisasikan misi kerajaan ke arah mengarusperdanakan penggunaan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor dan Merangsang transformasi pengurusan maklumat secara geospatial di semua peringkat.


Ambo rasa simposium ini banyak membantu ambo dah juga memberikan pendedahan kepada ambo terutamanya kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta orang-orang awam berkenaan dengan Sistem-sistem maklumat berkaitan Geospatial, GIS Aplikasi, Software dan bermacam-macam maklumat yang berkaitan dengan teknologi-teknologi terbaru bidang Geospatial di Malaysia.

Ambo rasa cukup la ambo bercerita pasal Geospatial-geospatial ni..mungkin ramai dah yang tahu rasanya sebab maklumat Geospatial pada masa kita boleh dikatakan sesuatu yang amat penting pada masa sekarang. Ok la terima kasih kepada sudi membaca dan berkongsi ilmu..terima kasih juga kepada pihak UiTM yang memberi peluang kepada ambo ke simposium pada hari ini..





Sekitar pameran NGIS 2012



Ni bukan kapat terbang mainan..harga lebih kurang 1/2 juta ringgit..


Seminar NGIS 2012 sesi akhir..





Bukan mesin rumput yea..ni alat underground utility


Smart dok ambo..hahaha..tu cermin mata 3D sbnrnya..

Amaran!!Jgn cuba buat kat Notebook anda kat rumah!!!

Yang in Toughbook..memang tahan lasak..

Dah hbis program..banyak brochure dapat tu..

Flight to Gold Coast at 2.00 PM..tipu je..

Macam kat airport je..dgn bag bnyk penuh tngan..haha..


Add caption

Mana orng yang jaga kaunter ni..!!sbnrnya tipu je..haha

Lepak-lepak saja sbb lauk tnghari dh hbis..

Comel betul jam ni..haha..


View from PICC


Terima Kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...