Monday 31 December 2012

Hutan Paya Bakau Manjung & Kuala Sepetang

Assalamulaikum & Selamat Petang..

Untuk entry kali ini pula, ambo nak berkongsi dengan korang tentang hutan Paya Bakau Manjung dan juga hutan Paya Bakau Kuala Sepatang..sebenarnya ambo ke sana sewaktu trip ke Pulau Pangkor pada awal bulan lepas..harini baru ada masa nak sambung cerita trip haritu..hehe..

Mula-mula skli berkunjung ke Taman Paya Bakau Sri Manjung yang terletak di Lumut..Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai dan mempunyai laluan pejalan kaki sejauh 366 meter dan juga mempunya sebuah jambatan gantung yang merentasi hutan paya bakau tersebut..







Lokasi kedua pula di Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang..Kawasan ini merupakan kawasan hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang. Kat sini korang boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan sejarah mengenai hutan paya bakau di negara kita ni..Tempat ni pun sesuai juga untuk datang bersama keluarga sambil menikmati keindahan hutan paya bakau kat sini..









Akhir skli kitaorng ke kilang membuat arang daripada pokok-pokok bakau yang telah matang yang berusia lebih daripada 15 tahun..kat kilang ni korang boleh tngk proses penghasilan arang daripada awal hingga ke proses pembungkusan..





Ok la dulu untuk kali ni dan juga entry terakhir ambo pada tahun ni..terima kasih sudi singgah kat blog ambo ni..TQ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...