Friday 25 May 2012

My Busy Day..Shah Alam - KLIA - Klang...

Ambo nak sambung lagi sikit cerita ambo pada hari ini..tngok dlu ambo tulis entry ini bayak ke sikit..kalau banyak tu ambo silap kot..hahaha..mintak maaf la..

Selepas berjaya menyiapkan kesemua kerja-kerja untuk map competition..ambo menuju ke uitm untuk kelas presentation Enviroment Study..Selepas kelas jumpa lecture untuk map competition dan seterusnya bergegas ke lab untuk print map serta poster-poster untuk competition tersebut..Dalam kesibukan di uitm, Mak Sedara ambo menghubungi ambo untuk ke KLIA kerana ada urusan yang perlu ambo lakukan untuk beliau.. Urgent sangat-sangat..

Ambo dengan member ambo apa lagi, terus tinggalkan uitm menuju ke KLIA..Sebenarnya ambo belum sampai lagi ke KLIA dengan kenderaan sendiri..sebelum ini datang dengan bas je..Dah sampai kat KLIA tu pusing-pusing cari tempat parking Motosikal..kitaorng silap msuk lorong terus tak jumpa sign Park untuk motosikal..Kena pusing satu pusingan lagi baru la jumpa tempat untuk parking motosikal..Kalau parking motosikal bayaran cuma RM1 je..

View from KLIA
Dah masuk kat kompleks bungaraya di KLIA tu, ambo selesaikan urusan mak sedara ambo tu dlu..agak lama la juga nak sattel..Dah semua urusan selesai, apa lagi ambo bersama member ambo pusing pusing untuk mencari apa-apa yang boleh mengisi perut ambo ini..Dah sampai kat Mcd tu beratur la kitaorng..sambil tu terfikir la nak ambil gambar kat dalam KLIA in, tapi kamera Lumix ambo tak dibawa kali ini keran member ambo pinjam..sungguh kuciwa sikit la ambo..Jadi anset nokia ambo la yang menjadi penganti kamera ambo tu..Gambar-gambar kali ini agak kurang jelas la sikit..maklumlah kamera anset 3.2 mpixel je..

Action je ni..tak order pun..

haha..Mcd KLIA

Sambung lagi cerita kat Mcd tadi, sebenarnya kat KLIA ini Mcd di sini terkecuali dari pakej McValue Dinner. Jadi kitaorng berundur la kembali keluar dari situ..hehehe..Orang kat belakang tu dah pelik dah nampak kitaorng tak jadi oder..Dia ingat burger dah habis kot..hahaha..Jadi kitaong makan je kat Mcd Petronas menghala keluar KLIA..jimat bujet..Kitaorng pusing-pusing la dalam KLIA ni sambil tangkap-tangkap gambar..



Troli bagasi pinjam ini..hahaha..mcm nk naik flight dh..


Action mcm nk berlepas naik flight pulak..



Nampak mcm kat menara Airport pulak..

Sebelum balik ke Shah Alam tu sempat la keluar dari Bangunan KLIA ni nak ambil gambar kat bahagian luar lavel 5 bangunan KLIA. Tengah-tangah ambil gambar dengan member ambo, datang la seorang pelancong mintak untuk bergambar dgn beliau,siap berbual lagi dgn Kofi nama beliau..hahaha....Kalau KOPI memang padan dah dgn nama..hahaha..


mcm tunggu teksi je..haha

No comment..

Hafiz & Cofi

Hanif & Cofi..Bukan Kopi yea..

Kitaorng balik ke Shah Alam selepas maghrib dan selepas itu menuju ke Kapar, Klang untuk menjelaskan tentang Produk Digital Sattelite TV yang kitaorng guna kat rumah sewa ini..Terima kasih sebab sudi membaca kisah ambo pada hari ini..kisah yang agak busy dan serabut mcm entry ini juga..haha..TQ

2 comments:

  1. Bro tumpang tnya moto kalau tggal situ lebeh 4 hari boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Bro tumpang tnya moto kalau tggal situ lebeh 4 hari boleh tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...