Monday 2 April 2012

Camping di Bagan Lalang,Sepang 30-31/03/2012

Assalamulaikum & selamat malam wagra2 blog sekalian..

Semalam ambo bru blik dari Camping di pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor..perkemahan ini merupakan aktiviti kedua yang dijalankan oleh group PSK (Persatuan Sek Kito) http://pskku.blogspot.com selepas aktiviti pertama di Kelong Teluk Gong, Klang semester lepas.. ambo bersama member2 ambo bertolak dari Shah Alam lepas solat Jumaat dlm pkl 4 ptg bermotosikal beramai-ramai menuju ke Bagan Lalang..ambo tiba di sana pada pukul 6 ptg..tetapi barang2 camping bertoklak dengan dua buah kereta dan tiba pada sebelah malam kerana tersesat jauh hingga ke Bangi..apa pun semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan..

Isi tank moto dlu sebelum bertolak..
Ambo bersama member2 ambo seramai 12 orang menggunakan 5 buah kemah yang didirikan menghadap laut selat melaka..Aktiviti BBQ bermula agak lewat tetapi semua bersama2 menyiapkan juadah makanan untuk makan malam..kalau pergi bercamping ni sebenarnya bukan nak tidur sangat pun..kitaorng jalan2 di pinggir pantai sehingga pkl 4 pagi mencari umang2, ketam and anak2 ikan..

Bagan Lalang..we are here..
Tepat jam menunjukkan pukul 5 pagi, seperti diduga apa yang bakal berlaku, memang berlaku betul2 msa kitaorng berkemah..hujan lebat dengan ribut kuat telah melanda sehingga kami semua terpaksa meleraikan kemah mengelakkan daripada rosak kerana terdapat kemah yang telah diterbangkan oleh angin ribut..semuanya basah kuyup pada pagi itu..terpaksalah ambo bersama member2 ambo berteduh di kedai mkan sehingga pagi..

Selepas selesai solat subuh dan menunggu hujan reda, barulah kami semua berkemas barang2 yang telah diterbangkan oleh ribut pada waktu pagi tersebut...selepas semua selesai, sempat lagi ambo bersama member2 mandi manda di pantai Bagan Lalang yang landai dan cetek, sesuai untuk aktiviti mandi manda di pantai...kitaorng semua bertolak balik ke Shah Alam pada pukul 10 pagi..Ambo sebenarnya tak de idea nk bercerita pada korang semua, jadi ambo sediakan gambar-gambar semasa ambo di sana..terima kasih sudi membaca..

Disini la tapak perkemahan kami..

Main bola takraw dlu..hehe

Pantai Bagan Lalang..

Sunset Bagan Lalang..

Sempat lagi ambo posing tu..

Ni member ambo tengah berenung masa depan..

Ni la umang-umang yang abg Jali duk cari-cari..

Menunggu msuk waktu maghrib..makan kuaci dlu..hehe

Acara sukan pantai..bola sepak pinggan kertas..

Acara sukan pantai 2..boling pantai..hehehe..

Menunggu barang2 BBQ sampai..

Masih menunggu lagi..

Acara memasang kemah..4 kemah baru tiba..

Pasang molek2 tu..nanti ribut akan melanda..

Pandai abg 2 orng ni memasan kemah..

kemah terakhir untuk didirikan..

Aktiviti BBQ bermula..

Ayam bakar bersama batu bakar..tp batu tu tak boleh makan, boleh baling je...

Kalau kat tempat bakar2 msti ramai..boleh cuba2 terus..heheh..

Fasa terakhir hidangan makan malam..

Jom makan..romantik btul siap ada lilin lagi tu..hehehe..

Aktiviti berjalan di pinggir pantai waktu pagi..

Posing dlu..hehehe..

Ni kemah abg Nazri..

Ni kemah ambo..ramai pulak pakat nak posing jugak..hahaha

Ni antara individu2 yang tak tidur sampai pagi..

bersama umang2 abg jali..


Saat-saat ribut melanda..

kemah hampir diterbangkan oleh ribut...

Sejuk betul..menumpang di kedai makan..

Semua lepak kat kedai dlu mununggu waktu subuh..

Solat subuh berjemaah..

Tapah perkemahan yang menjadi padang jarak..kemah bertaburan..

Alamak!! kemah aku..hbis la..

bergotong royong mengemas kemah..

sempat lagi abg jali sediakan sarapan walaupun serba kekurangan..
Sekian....Bagan Lalang 2012..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...