Assalamulaikum smua..
Ambo kat sini nk kongsi pengalaman ambo memancing di dalam jejambat jambatan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang 2 hari lepas..ambo bertolak dlm pkl 12 mlm dan sampai di sana lebih kurang pukul 1 pagi..
Petrama kali dalam hidup ambo memancing di tempat yang boleh dikatakan extreme dan agak bahaya boleh ambo katakan..Untuk masuk ke dalam jejambat jambatan, ambo terpaksa memanjat tangga yang boleh dikatakan agak curam dan menegak..selepas itu berjalan melepasi 4 tiang jambatan berjarak 100 meter lebih..
Kemudian turun menggunakan tangga yang curam juga untuk sampai ke tapak tiang jambatan tersebut..walaupun tangkapan tak seberapa, tetapi pengalaman tersebut memang sukar untuk diperolehi..
Setting joran dlu kat bawah jambatan.. |
Laluan dalam jejambat jambatan Pulau Indah |
Dah mcm dlm lombong plk.. |
Bergambar dlu..hehe.. |
Tangga untuk turun ke bawah kaki jambatan.. |
Joran yang mengambil bahagian.. |
Merenung masa depan sambil tunggu joran mengena..hehe |
Walaupun bahaya tetap cool.. |
Ni la joran ambo guna mlm tu.. |
Pemandangan daripada tiang jambatan no 5.. |
Naik berehat dulu semasa hujan.. |
Bro jali bersama kepah yang ditangkap.. |
Pulang sudahh.. |
Sekian..terima kasih..
No comments:
Post a Comment