Monday 12 March 2012

Hujung Minggu Bersama Pelajar-Pelajar Baru di Bukit Cerakah..

Assalamulaikum dan selamat malam semua..

Agak lama juga rasanya ambo tak update blog ambo ni..biasa la awal-awal semester ni sibuk sikit..nak selesaikan tu ni n macam2 la..nak update pun xda entry yang best awal-awal semester ni..just buka view blog orng lain je..hehehe..

Hari sabtu lepas ambo sempat la join member2 ambo yang semester enam skrng ni menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar baru Sains Ukur & Geomatik yang diadakan di Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam..
Program yang diadakan untuk pelajar-pelajar baru semester ini sama juga macam semester lepas-lepas, iaitu Explorace..

Ambo hanya bertugas untuk menjaga check point yang ketiga iaitu aktiviti menggunakan lastik dan tali serta pengetahuan am..dapat la juga ambo berkenalan dengan budak-budak junior ni semasa melakukan aktiviti di check point ambo...Sebenarnya aktiviti Explorace tu tak sempat habis sbb dah sampai ke tengahari budak-budak junior ni tak sampai ke semua check point lagi..Jadi ambo pun pulang awal la hari tu sbb sebelah petang tu nk ke Low Yat pulak nk beli barang pc..

Sekian la cerita dari ambo yang ayatnya agak berbelit-belit sikit pada kali ini..hehe..terima kasih yg sudi membaca..tq..

Perarakan masuk kontijen Fasilitator berbaju oren..hehe..

Perbincangan aktiviti explorace

Pembahagian kumpulan

Hukuman denda sedang berjalan..akibat gagal melastik dengan baik..hahaha..

Cari sape tu bang!!jenguk2..hahaha..

Antara peserta akhir cabaran melastik botol..En Rauf..hehehe..

Uji minda dan IQ..santai je fasi2 ni..

Ni la ambo..untuk keselamatan semasa aktiviti melastik..safety first..hahaha..
Wasalamulaikum..jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...