Monday 9 April 2012

Berenang Baik Untuk Kesihatan

Assalamulaikum & selamat malam..

Mungkin ramai yang tak suka sangat dengan aktiviti renang kan..mungkin juga ramai yang kata tak pandai berenang, malu dan sebagainya..Macam ambo juga dlu, ambo sebenarnya tak pandai berenang juga, ambo belajar sikit-sikit sehingga boleh..Petang tadi ambo berkesempatan untuk berenang di apartment Kristal di Seksyen 7, tempat biasa ambo pergi berenang..



Aktiviti berenang ni sebenarnya baik untuk kesihatan kerana:

1.Merupakan sunnah yang dituntut selain memanah dan berkuda.
2.Mengembalikan kesegaran badan.
3.Menghilangkan tekanan.
4.Menguatkan otot jantung dan badan.
5.Mengekalkan tubuh badan cantik.
6.Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan.
7.Sangat disarankan kepada yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.
8.Menghilangkan/ mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala.
9.Sangat baik untuk diamalkan untuk proses 'rehabilitation' (pemulihan) selepas kecederaan.
10.Senaman yang baik untuk golongan slow-learner dan juga orang kurang upaya.
9 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR BERENANG!!!

1. Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa anda.

2. Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

3. Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM4/ RM5 untuk kolam awam.

4. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 x seminggu dan kawal pemakanan.

5. Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.

6. Aquatic Advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh: Scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.

7. Air membentuk 70% keadaan rupa bumi kita. Ke mana-mana kita pergi, kita dikelilingi air. Laut, tasik, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.

8. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain air dan berenang.

9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.



TQ for reading..

1 comment:

  1. Hello just wanted to give you a brief heads up and let you know
    a few of the pictures aren't loading correctly. I'm not
    sure why but I think its a linking issue. I've tried it in two different web browsers and both show the same outcome.

    My weblog - removal cost

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...