Pada minggu lepas ambo bersama rakan-rakan telah berbincang untuk bercuti sambil memancing dan menenangkan fikiran di sebuah kelong di Kg Teluk Gong, Klang. Sebenarnya idea untuk bercuti di kelong ini diperolehi daripada laman web mudah.com..Kelong ini merupakan pondok atau rumah terapung di atas air sama ada di lautan atau di sungai.
|
Kelong Teluk Gong, Klang | |
|
Expedisi Kelong Teluk Gong ini telah diserai oleh ambo bersama-sama 13 orang kawan sekuliah ambo di UiTM Shah Alam. Perjalanan ke kelong bermula dari rumah sewa ambo di seksyen 6 bersama 5 buah motosikal dan sebuah kereta. Ambo bersama rakan-rakan bertolak dari Shah Alam pada pukul 1 tnhgari dan tiba di jeti Kg Teluk Gong dalam pukul 1.30 tnhgari. Sebelum tiba di jeti kami semua terpaksa menunggu sebuah kereta rombongan kami yang tersesat arah. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke kelong tepat pada waktunya..haha..
|
Menunggu kereta yang tersesat arah.. |
|
Pasukan bermotosikal ke Kelong |
Kami semua tiba di jeti pada pukul 2 petang dan terus menaiki bot untuk ke kelong tersebut. Perjalanan bot terpaksa dilakukan 2 kali ulang alik ke kolong kerana kami terlalu ramai bersama muatan barang yang banyak.
|
Baru sampai kat jeti |
|
Tekong bot..haha |
|
Awak-awak bot.. |
|
Bot menuju ke Kelong.. |
|
Sudah sampai di kelong.. |
Pertama kali menjejak kali ke kelong, perasaan kami semua sangat teruja dan seronok. Kelengkapan di kelong tersebut sangat elok dan terjaga. Ambo pun sebenarnya tak sangka kelong tersebut dilengkapi dengan tandas yg baik, dapur, 1 blik tidur, ruang rehat menghadap laut, set karaoke, set BBQ dan air bersih untuk kegunaan memasak dan bilik air.
|
Meninjau keadaan kelong |
|
Berehat sebentar dari kepenatan |
Awal-awal lagi setelah sampai di kelong, kitaorang telah mempersiapkan joran masing-masing untuk mencuba nasib menaikkan ikan yang “ besar ”. Disamping ada yang mencuba nasib memancing ikan, ada jugak yang bersantai bersama papan karom, tak kurang juga yang melalak bersama karaoke di siang hari. Kalau ikut plan, aktiviti karaoke sebenarnya pada sebelah malam tapi ada yang dah tak tertahan melihat mikrofon dan set speker yang besar untuk melalak..hahaha..
|
Bersantai sambil bermain karom |
|
Mempersiapkan joran |
|
Yang ni dah start karoake |
|
Mencuba nasib... |
Aktiviti pada sebelah petang pula diisi dengan jamuan petang yang disediakan oleh krew memasak kitaorng yang diketuai oleh Cik Din dan Mirul..Simple tapi lazat..sebab semua tngah lapar perut time tu..sentap semua yang ada..
|
Menjamu selera waktu petang di kelong |
Dalam ada yang bergembira sambil minum petang dan bersntai, takala ada yang berduka dan kecewa bersama batang joran di tepi kelong mengenangkan nasib tangkapan yang tiada langsung.
|
Sabar menunggu..main sms dulu..hehe.. |
|
ZZzzzz... |
Pada sebelah malam pula selepas selesai solat maghrib, krew masakan kitaorng beraksi lagi.. Tapi untuk kali ini krew masakan kitorng telah dibantu secara gotong royong untuk memasak bihun goreng 3 layer, BBQ dan air tea. Peergghhh..Sentapp..pedas sunggh masakan malam tu..
|
Persiapan terakhir sebelum menjamu selera |
|
Selamat menjamu selera.. |
|
BBQ Special.. |
|
Krew masakan di dapur.. |
Selepas selesai menjamu selera, aktiviti melabuhkan joran bermula kembali..Dalam kegelapan malam sambil diterangi samar-samar cayaha lampu neon, tiada satu joran pun yang mengena mangsanya. Namun kami semua tidak berputus asa dan terus mencuba..
|
memancing pada waktu malam.. |
Beberapa jam kemudian, kelihatan titisan air mencurah dari langit membasahi lantai kelong kami, namun semangat kental kami tidak luntur dan kami terus menyentap batang joran dalam kebasahan hujan..sejuk pada waktu itu tidak terkata sehingga mencucuk ke dalam sum-sum tulang..huhuhu..
|
Memancing dalan hujan.. |
Selepas beberapa jam, ramai diantara kami yang telah terlena dibuai mimpi..mungkin penat menunggu hasil tangkapan yang tidak kelihatan untuk berhasil..Lebih kurang pukul 3.30 pagi dalam kesejukan hari hujan, ambo telah berjaya memperolehi tangkapan pertama..walaupun kecil tetapi perasaan seronok dan puas telah berbalas dengan kepenatan menunggu drp petang hari lagi..seterusnya tangkapan kedua,ketiga dan keempat berjaya dinaikkan oleh kawan-kawan ambo pula..
|
Tangkapan pertama |
|
Tangkapan kedua |
|
Tangkapan ketiga |
|
Tangkapan keempat |
Keesokan hari selepas mencuba nasib pada waktu malam, kawan-kawan ambo pula cuba untuk mencuba nasib pada waktu pagi yang tenang di kelong tersebut.. Cubaan tersebut membuahkan hasil dengan tangkapan terbesar yang berjaya kitaorng tangkap pada expedisi kali ini. Selepas tngkapan tersebuat, tiada lagi tangkapan yang berjaya dilakukan oleh kitaorng.. Semua hasil tangkapan telah dijadikan sajian sebelum bertolak pulang ke Shah Alam.
|
Tangkapan terbesar & terakhir oleh Din |
Selepas selesai berkemas dan bersiap, lebih kurang pukul 12 tengahari, kitaorng telah bertolak balik menaiki bot ke jeti nelayan Kg Teluk Gong untuk pulang ke Shah Alam selepas 2 hari 1 malam berada di kelong Kg Teluk Gong, Klang Selangor.
|
Pulang... |
|
|
|
Kenangan Kelong Teluk Gong 2011 |
Jumpa lagi di lain Expedisi..terima kasih..
sewa berapa? kena try gak ni.
ReplyDeleteSewa kalau satu kelong Rm350 satu hari untuk tak lebih 15 0rang. Kalau tak ramai jadi Rm35 untuk seorang.
ReplyDeleteKlu berdua boleh ka En.?? Bpa ya semalam.???
ReplyDelete