Saturday, 10 December 2011

Bas Trans Rengit Terbabas di UiTM Shah Alam

Kat sini ambo ada satu cerita menarik tentang kemalangan bas di UiTM Shah Alam pada hari sabtu 10/12/2011. Bagi student yang belajar kat Uitm Shah Alam ni semestinya mengenali satu tempat yang dinamakan Bukit Tonggek. Bukit tersebut digelar bukit tonggek mungkin disebabkan oleh ketinggian jalan untuk mendaki bukit tersebut.Bagi sesiapa yang pernah menaiki motosikal atau pun kereta melaluai bukit tersebut mungkin semput jugak untuk smpai ke atas atau terpaksa menggunakan gear 1 kalau beban kat belakang tu terlalu berat. Bayangkan bagaimana kalau sebuah bas menaiki bukit tersebut..Kalau anda berada di dalam bas mengikut laluan tersebut, lebih baik anda meminta driver bas untuk menggunakan jalan lain.. Ambo pun tak pasti apa yang berlaku pagi tadi semasa ambo balik dari kompleks Sukan UiTM. Ambo lihat sebuah bas telah tersadai di dalam semak di bukit tonggek. Ambo rasa bas tersebut tak cukup daya untuk menaiki bukit tersebut lalu menurun dan terbabas di dalam semak. Ini lah yang berlaku apabila pemandu tidak membuat perkiraan yang betul tentang keupayaan kenderaan yang digunakan.

Bas Terbabas

Jalan tutup

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...