@};- HAPPY BIRTHDAY TO YOU @};-
Monday, 9 April 2012
Berenang Baik Untuk Kesihatan
Assalamulaikum & selamat malam..
Mungkin ramai yang tak suka sangat dengan aktiviti renang kan..mungkin juga ramai yang kata tak pandai berenang, malu dan sebagainya..Macam ambo juga dlu, ambo sebenarnya tak pandai berenang juga, ambo belajar sikit-sikit sehingga boleh..Petang tadi ambo berkesempatan untuk berenang di apartment Kristal di Seksyen 7, tempat biasa ambo pergi berenang..
Aktiviti berenang ni sebenarnya baik untuk kesihatan kerana:
1.Merupakan sunnah yang dituntut selain memanah dan berkuda.
2.Mengembalikan kesegaran badan.
3.Menghilangkan tekanan.
4.Menguatkan otot jantung dan badan.
5.Mengekalkan tubuh badan cantik.
6.Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan.
7.Sangat disarankan kepada yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.
8.Menghilangkan/ mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala.
9.Sangat baik untuk diamalkan untuk proses 'rehabilitation' (pemulihan) selepas kecederaan.
10.Senaman yang baik untuk golongan slow-learner dan juga orang kurang upaya.
9 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR BERENANG!!!
2. Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.
3. Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM4/ RM5 untuk kolam awam.
4. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 x seminggu dan kawal pemakanan.
5. Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.
6. Aquatic Advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh: Scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.
7. Air membentuk 70% keadaan rupa bumi kita. Ke mana-mana kita pergi, kita dikelilingi air. Laut, tasik, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.
8. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain air dan berenang.
9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.
TQ for reading..
Sunday, 8 April 2012
Catering work at Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
Assalamulaikum..
Semalam ambo sempat la juga berkerja dengan Anjung Serai Catering di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk majlis akad nikah..boleh la tambah2 duit poket sikit..kalau bab2 duit ni, yang kita guna tu tak kan bertambah melainkan kita berusaha untuk mencarinya..
Pengalaman ambo berkerja semalam memang berlainan daripada kerja-kerja katering sebelum2 ni..biasanya makanan dihidangkan secara buffet je..tapi kali ini makanan disediakan secara hidang mengikut meja..jadi banyak la kerja2 yang nk dilakukan tp ambo banyak la juga belajar tentang cara2 menyiapkan, susunan di atas meja mengikut protokol..ala-ala mcm dlm hotel tu..
sebenarnya majlis akad nikah semalam merupakan dari orang-orang yang bergelar Datuk, Tan Sri dan ada juga kerabat diraja..boleh dikatakan orang-orang golongan berada..mcm-mcm gelagat la ambo dapat saksikan tentang orang-orang kenamaan ni..
kat bawah ni ada la gambar yang ambo sempat ambil seblum majlis bermula..masa majlis tu ambo tak sempat nk ambil gambar sebab banyak kekalutan yang berlaku..
| Belajar cara nk menuang air yang betul..ada protokolnya.. |
| membuat hiasan untuk meja pengantin.. |
| Ni cara nak buat peace kalu jumpa anak-anak datuk yang cantik..hehehe.. |
| Sekadar hiasan..memang betul la,untuk hiasan je sbb xblh dimakan pun..hehe |
| Add caption |
| Selsai sudah membuat persiapan..tnggl makanan je.. |
Terima kasih yg sudi membaca..
Gorvement Agency Assignment - Muzium Negeri Selangor
Assalamulaikum & selamat malam..
Sambil2 ambo duk layan cite kat tv3 Nurin Najwa ni..sempat juga ambo buka blog dlu kejap..rasa lama dah tak update ni..Ambo sebenarnya nk cerita tentang penghayatan sejarah yang semakin dilupakan oleh anak-anak remaja sekarang..Mata pelajaran sejarah tu ambo rasa sangat bagus untuk menerapkan jati diri kita sebagai rakyat malaysia yang kaya dengan nilai-nilai sejarah..
Satu tempat yang ambo rasa bagus sangat untuk kita menghayati sejarah-sejarah kat negara kita ialah Muzium..Sebenarnya muzium-muzium kat negara kita ni banyak..setiap negeri mempunyai muzium masing-masing dah kebanyakan di setiap daerah pun ada juga..Seperti contoh muzium Sultan Alam Shah di Selangor yang mempunyai juga muzium-muzium di beberapa dearah seperti :
![]() |
| Credit to padat.gov.my |
Ambo sebenarnya ditugaskan bersama member-member ambo untuk menyiapkan satu assignment berkenaan agensi kerajaan yang berkaitan dengan GIS..Jadi ambo bersama memilih Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) atau sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Muzium Selangor..
Sambil-sambil menyiapkan tugasan bertemu dengan Pn. Shahrulniza Bt Nenin, penolong kurator Muzium Sultan Alam Shah, ambo bersama member-member sempat juga masuk ke dalam muzuim untuk menghayati nilai-nilai sejarah yang ada di negeri Selangor dan juga di Malaysia amnya..
| Ni la pintu msuk ke Muzium Sultan Alam Shah.. |
| Menghayati nilai-nilai sejarah tu.. |
| Ni member ambo, Hafiz sdg posing dengan beca yg sma dgn baju dia tu.. |
| 3d portrait..nice.. |
| Meriam perang zaman dulu..tapi knapa kecik je..boleh meletup ke..?? |
| Ni cara orng tenun kain masa dulu-dulu.. |
| Model Istana lama Selangor.. |
| 3D view.. |
| Basikal Jepun..panjangnya..tp orng jepun kecil-kecil je.. |
| Model masjid Negeri Shah Alam.. |
| View from Muzium Selangor.. |
Terima Kasih..Hagrailah nilai-nilai sejarah yang kita ada..
Subscribe to:
Posts (Atom)
