Wednesday, 19 October 2011

Hikayat Medan Selera Seksyen 6, Shah Alam

medan selera sek 6
Pada suatu ketika dahulu,pertama kali mula menjejak kaki ke Shah Alam terutama di rumah sewa kitaorng di Seksyen 6, kitaorng rasa sangat bertuah sbb port yg kitaorg tinggal ni berdekatan dengan Medan Selera Sek 6. Medan selera ni boleh dikatakan sangat popular di kalangan pelajar uitm s.alam mcm kitaorg ni sbb makana kat situ sangat murah. kalau nak makan tengahari nasi+ayam cuma RM2.50.kadang-kadang boleh jgk dapat lagi murah drp RM2.50..kat sana juga popular dengan nasi ayam sek 6..boleh dikatakan nasi ayam sek 6 yg paling murah dan best,cuma RM3.00..bagi kitaorng harga tersebut sangat berpatutan bagi student2 mcm kami ni..

sekadar gambar hiasan
Kalau korang smua nk thu cerita kat atas tu sebenarnya dah setahu berlalu bersamaan 2 semester kitaorng berada di sini. Setiap kali cuti semester mestilah kitaorng smua akan pulang ke kampung masing-masing..tapi diaorng kat kedai-kedai makan di sek 6 ni dah ada strategi masing-masing..buka je semester baru,harga makana pun dah berubah..dari RM2.50 jadi RM3.00.kalu nasi ayam dari RM3.00 jadi Rm3.50..bermula dari situ lah pelangan-pelangan tetap medan selara sek 6 menjadi semakin hairan
dan pelik..macam juga kitaorng ni..

Nak dijadikan cerita, cuti semester bermula lagi..macam biasa lah cerita kat medan selera sek 6 ni..harga makanan naik lagi..nasi yg biasa sebelum ni RM3.00 dah jadi RM3.50.. nasi ayam yg sebelum ni RM3.50 dah jadi RM4.00..kalu air minuman sebelum ni memang dah RM1 satu,tapi plastik untk bungkus air tu dah semakin kecil & semakin kecil..Pelangan pun dah semakin kecil datang ke medan sek 6 ni..kalau setahun yg lepas budak2 dari sek 7,sek 8 dan budak2 kolej pun sangup datng ke sini sebab harga murah,siap beratur dan berebut-rebut lagi..tapi sekarng smua dah berubah,semakin suram dan menyedihkan..kitaorng pun tak faham kenapa kedai-kedai tu sibuk menaikkan harga smpai mcm tu..apa salahnya kalu untung sikit-sikit tapi berterusan daripada dah tak dapat untung langsung sekarang..diaorng ni tak fikir yg sebenarnya keuntungan diaorng tu datang drp student-student mcm kitaorng ni..ramai jgk yg cakap drp diaorng datang kat sek 6 ni baik diaong makn kat kedai yg memuaskan hati dan perut sebab harga sama je dengan kedai makan lain-lain..dah xda keistimewaan dan hampir berkubur nama bazar makanan murah sek 6..

sekadar gambar hiasan
Ada satu lg cerita yg kitaorng nak kongsi sama2 pasal kedai kat sek 6 ni terutama kedai yg first skli..terutama bagi pengalaman sya sendiri tengahari tadi..sejak setahun lebih tinggal kat Shah Alam ni tak pernah lg jumpa kedai makn yg berstatus warung atau bazar maknan yg menjual telur mata dengan harga RM1 satu..biasa kalu ada pun setakat RM0.50-0.70 satu..alangkah terkejutnya telur mata pun diaorng sanggup jual dengan harga RM1 satu..Semua cerita ni sekadar untuk berkongsi pengalaman sebagai student yg tinggal kat Shah Alam terutama sekitar sek 6 untuk sama-sama berfikir dan untuk renungan bersama..

Nanti kita lihat perubahan seterusnya selepas cuti semester nanti..to be continue..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...