Monday, 21 May 2012

Majlis Makan Malam Setia Kasih (Kelab JAGUH)

Assalamulaikum & Selamat Malam kepada semua warga-warga blog..

Tengah malam tadi ambo sebenarnya baru balik daripada menghadiri Majlis Makan Malam Setia Kasih anjuran kelab Jaguh yang diadakan di Dewan Centrum, Titiwangsa Kuala Lumpur. Majlis ini sebenarnya diadakan untuk anak-anak jati Pasir Mas yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama anak-anak Pasir Mas di Perantauan..

Kebetulan pulak seorang member rumah sewa ambo ni merupakan anak jati Pasir Mas..Kitaorng apa lagi join skali la menghadari majlis tersebut..Orang kata kalau rezeki jangan ditolak..Kitaorng ramai-ramai yang follow majlis tu sebenarnya bukan anak Jati Pasir Mas..tapi kitaorng tetap anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan)..Ok la tu kira aci la jgk..Kelate Kito jugok..

Tapi yang paling best skali dalam majlis tersebut ialah persembahan wayang kulit..Memang original wayang kulit kelate..ambo pun dah lama tak menyaksikan persembahan wayang kulit ni sejak menetap kat luar Kelantan..Ok la cukup kot cerita ambo kali ini..nanti cerita panjang-panjang jadi cerita lain pulak..berat ambo nanti..hahaha..terima kasih sudi membaca..

Sebelum masuk bergambar dulu..
Dah macam masuk tempat orng kawin pulak

Serba merah dalam dewan tadi..


Anak-anak Pasir Mas & Kelate..Kitaonrg la tu..hahaha..
Hanif Redland bukan Hanif SandGold yea..

Menu makan malam..ok la sedap jugak..

Makan la bang..tunjuk-tunjuk pulak..

tunggu persembahan wayang kulit

Persembahan wayang kulit asli kelantan..

Balik dah..mod tengah tnggu bas..
Terima Kasih kpd Kelab Jaguh..

Saturday, 19 May 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012

Kelantan Menjuarai Piala FA 2012

Buat pertama kalinya pasukan The Red Warrior (Kelantan) menjuarai Piala FA pada tahun ini. Kejayaan ini adalah sumbangan daripada hasil sepakkan panalti oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke 59 menumpaskan pasukan Kelab Sime Darby.

 ( Kelantan       -     Sime Darby )

1          -           0

Terima Kasih buat The Red Warrior..

The Red Warrior

Mohamad Ghaddar membantu Kelantan menjuarai Piala FA 2012

Ketua pasukan Kelantan menjulang piala FA 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


 





Gomo Kelate Gomo!!!! Hidup Kelantan..

Friday, 18 May 2012

Final Piala FA 2012 ( Kelantan vs Sime Darby )

Assalamulaikum & Selamat Malam


Kelantan vs Sime Darby
Stadium Nasional Bukit Jalil
19 Mei 2012
8:45 Malam

Sama-sama la kita memberi sokongan penuh kepada pasukan  THE RED WARRIORS (Kelantan) kita sempena perlawanan akhir Piala FA 2012  menentang Sime Darby FC malam esok..Saksikan lah secara langsung di RTM1 atau Astro Arena  esok 19/05/2012 pada pukul 8.45 malam..Bagi yang mempunyi tiket, sama-sama lah kita memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok..Gomo Kelate Gomo!!!

Keputusan Semasa
Masa Tamat
 ( Kelantan       -     Sime Darby )
1          -           0

               Kelantan Menjuarai Piala FA 2012                   


Majulah Sukan Untuk Negara

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru..Terima Kasih Cikgu..

Assalamulaikum..

Ambo di sini ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia khususnya kepada cikgu yang telah mengajar ambo selama ini sehingga ambo berjaya sampai ke tahap ini..Semua jasa cikgu tidak ambo lupakan..Kepada cikgu-cikgu ambo di SK Ipoh, SMK Ipoh Tanah Merah terutama kepada Cikgu Anuar yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada ambo dan juga kawan-kawan ambo sehingga berjaya pada hari ini,Terima kasih Cikgu.. Dan juga tak lupa kepada lecture-lecture UiTM yang telah mengajar ambo selama ini..

Terima Kasih Cikgu-cikgu semua..

Cikgu Anuar Haris




Cikgu Mokhtar (PK1)





Masa majlis jamuan perpisahan 5B1 2006

Cikgu Syazwani




Cikgu Saleha

Cikgu Sharliza

Cikgu Yusoff

SELAMAT HARI GURU..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...