Saturday, 10 December 2011

Juara Petanque SAF UiTM Shah Alam 2011

Pada minggu lepas pasukan fakulti ambo telah layak ke separuh akhir perlawanan petanque antara fakulti uitm. Pada peringkat separuh akhir pasukan ambo telah memenangi perlawanan untuk layak ke perlawanan akhir bertemu fakulti kejuteraan elektrik.. Pada perlawanan tersebut Single pertama pasukan ambo telah memenangi perlawanan tersubut. Seterusnya gandingan ambo bersama kawan-kawan dalam pasukan triple telah memenangi perlawanan seterusnya menjuarai pertandingan petanque untuk Sukan Antara Fakulti UiTM 2011.

Pointerrr...


haaa..jatuh situ..tap pun tak pe..buang2..


Barisan Final Petanque SAF 2011

Juara yg tak diduga..kemah keming..



Pasukan FSPU SAF 2011

Bas Trans Rengit Terbabas di UiTM Shah Alam

Kat sini ambo ada satu cerita menarik tentang kemalangan bas di UiTM Shah Alam pada hari sabtu 10/12/2011. Bagi student yang belajar kat Uitm Shah Alam ni semestinya mengenali satu tempat yang dinamakan Bukit Tonggek. Bukit tersebut digelar bukit tonggek mungkin disebabkan oleh ketinggian jalan untuk mendaki bukit tersebut.Bagi sesiapa yang pernah menaiki motosikal atau pun kereta melaluai bukit tersebut mungkin semput jugak untuk smpai ke atas atau terpaksa menggunakan gear 1 kalau beban kat belakang tu terlalu berat. Bayangkan bagaimana kalau sebuah bas menaiki bukit tersebut..Kalau anda berada di dalam bas mengikut laluan tersebut, lebih baik anda meminta driver bas untuk menggunakan jalan lain.. Ambo pun tak pasti apa yang berlaku pagi tadi semasa ambo balik dari kompleks Sukan UiTM. Ambo lihat sebuah bas telah tersadai di dalam semak di bukit tonggek. Ambo rasa bas tersebut tak cukup daya untuk menaiki bukit tersebut lalu menurun dan terbabas di dalam semak. Ini lah yang berlaku apabila pemandu tidak membuat perkiraan yang betul tentang keupayaan kenderaan yang digunakan.

Bas Terbabas

Jalan tutup

Sunday, 4 December 2011

Lepak at NKVE Bukit Bandaraya

Pada sebelah malam tadi, ambo berhajat untuk berenang bersama-sama kawan rumah sewa ambo di apartment kristal di sek 7 untuk merehatkan badan yg letih ni..tapi!!..tak jadi sebab smua dah tak larat sangat untuk berenang pada waktu malam..jadi ambo dengan kawan-kawan ni bercadang untuk keluar lepak kat atas jejantas lebuhraya NKVE ke Bukit Bandaraya. Sebelum bertolak ke sana, kitaorng dah berbekalkan 2 buah kamera untuk merakamkan pemandangan di sana.. satu lagi kitaorng siap bawa satu bekas ice-krim untuk makan-makan sambil lepak dan mengambil gambar kat haighway tu. Kitaorng duduk kat sana tak lama sangat sbb semua dah mengantuk sngt2..takut-takut trtido kat sana pulak..ok la korang smua..selamat malam..tq..ZZZZzzzzzzz...

Makan Ice-krim..

Bukit Bandaraya..

Ezwal & Hanif Redland

NKVE To Klang

NKVE to Shah Alam

NKVE Highway

Saturday, 3 December 2011

Sukan Antara Fakulti UiTM Shah Alam - Petanque


Assalamulaikum semua..salam hujung minggu..
Pada tahun ini bersamaan semester 5 ambo di Uitm Shah Alam merupakan kali kedua ambo menyertai pasukan Petanque untuk Fakulti Seni Bina Perancangan & Ukur. Kali Pertama ambo menyertai pasukan Petanque untuk fakulti semasa semester 3 bersama-sama 2 orang kawan rumah sewa ambo. Pada sukan SAF tahun lepas, Pasukan ambo tewas pada perlawanan suku akhir dengan pasukan Fakulti Kejuteraan Elektrik.
Petanque Sukan SAF 2010
Pada sukan SAF tahun ini, perlawanan antara lelaki dan perempuan dijalankan serentak pada pagi tadi di padang petanque uitm Shah Alam. Pada perlawanan pertama, pasukan ambo telah berjaya mengalahkan pasukan Fakulti Kejuteraan Elektrik. Tetapi pada perlawana seterusnya pasaukan ambo telah tewas di tangan Fakulti Pertanian Agro atau Perladangan. Perlawanan seterusnya dijalankan pada sebelah pagi esok untuk peringkat akhir kumpulan.
Aksi permulaan

Kawan ambo membuat hayunan




Ambo tu dua dari kiri...

Pasukan triple beraksi

berbincang strategi

time makan KFC

Smile..

OBUT ball..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...