Showing posts with label Pesan-Berpesan. Show all posts
Showing posts with label Pesan-Berpesan. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

DUA KOSONG SATU TIGA

ASSALAMULAIKUM & SELAMAT MALAM

SELAMAT TAHUN BARU 2013

tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya..jendela baru 2013 telah kelihatan..
SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU INI MEMBERIKAN LEBIH KEBAIKAN & KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA..

Sunday, 18 November 2012

Kejadian Yang Tak Diingini Berlaku

Assalamulaikum & Selamat Malam

Tajuk entry ambo malam ni agak lain sikit daripada sebelum-sebelum ni..Bunyi macam agak serius kan..Sememangnya apa yang ambo nak ceritakan malam ini adalah perkara yang memang serius bagi ambo..Perkara ini memang kerap sangat-sangat berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini, ia dah semakin menjadi-jadi pulak ..apa yang ambo maksudkan adalah Kes Pecah Rumah..
kesan pintu rumah yang dipecah masuk..
Kejadian ini benar-benar berlaku semalam di rumah sewa ambo sendiri di Shah Alam..Sejak ambo duduk kat rumah sewa di Shah Alam ni dah dua tahun lebih, ini la merupakan kejadian pertama dan juga kejadian terburuk yang pernah berlaku..Dua buah laptop dan satu handset housemate ambo telah hilang..kerugian dianggarkan dalam RM3500..ambo pun masih terkejut juga dengan kejadian yang berlaku semalam..
dua buah laptop yang kat atas meja ni dikebas pencuri  
Ambo pun tak faham kenapa masih ramai lagi masyarakat kita yang melakukan kerja macam ni..mengambil hak orang sesuka hati..pecah masuk rumah orang suka hati dia je..Semoga diaorng ni menerima balasan yang  setimpal dengan perbuatan mereka tu..walaupun terlepas balasan di dunia, balasan di akhirat tetap menanti..
masa buat laporan polis..

Sebelum ambo mengakhiri kata-kata ambo pada malam ini..ambo nak pesan kepada member-member blog atau sape-sape yang membaca blog ini khususnya student-student IPT yang tinggal kat hostel atau rumah sewa tu supaya jaga keselamatan barang-barang, bilik hostel, rumah sewa korang tu..Biasanya pencuri ini suka target student-student sbb diaorng tahu rumah student ini mesti ada banyak barang-barang berharga yang senang diaorng nak bawak lari macam  laptop, handset dan kamera dan macam-macam lagi la..

Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati..Terima kasih singgah sini...TQ..

Wednesday, 7 November 2012

7-Eleven Slurpee Promotion RM2.20 With Your Own Favourite Cup

Assalamulaikum & Selamat Malam

Cepat-cepat..7-Eleven Slurpee Promotion RM2.20..Masih ada 1 jam lagi, hari ini je..Bawa bekas sendiri ke 7-Eleven dan beli slurpee ikut suka hati nak banyak mana..janji korang bawa bekas sendiri..


Ambo dah beli dah..korang tunggu apa lagi...lagi best siap dapat free gift lagi drp 7-Eleven..hehe..


siap boleh campur lagi..
ada free gift pulak tu..hahaha..

Terima kasih..TQ


Friday, 2 November 2012

Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan

Assalamulaikum & Selamat Petang

Alhamdulillah bertemu lagi bersama ambo pada petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh keberkatan ini..Hari ni ambo nak berkongsi tentang tajuk kutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam pada kutbah Jumaat tengahari tadi..Tajuk kutbah yang disampaikan oleh Imam pada kutbah jumaat tadi ialah "Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan".

Antara intisari kutbah yang disampaikan oleh Imam pada kutbah Jumaat tadi ialah :

Hari ini, sudah menjadi fenomena bagi kebanyakan pasangan pengantin baru untuk meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka itu dengan pelbagai persiapan dan perbelanjaan. Seringkali, pengantin dihiasi dengan pakaian yang indah dan mahal, duduk di atas pelamin yang penuh dengan hiasan serta dilengkapkan dengan hidangan jamuan yang pelbagai menunya. Itu belum lagi mengambil kira hantaran yang berlebihan, hadiah cenderahati untuk para tetamu, kos menyewa dewan atau hotel, kos penyediaan makanan yang tinggi, persalinan pengantin dan kos penggambaran yang tinggi.

Sebenarnya, mengadakan walimah adalah sebahagian dari tuntutan agama. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan mematuhi kehendak agama. Sekiranya kita mahu mencapai keredhaan Allah, maka beberapa perkara perlu dielakkan dan diperhatikan:

1) Perlumbaan memeriahkan majlis perkahwinan sering mendedahkan masyarakat kepada budaya bermewahmewah yang boleh melupakan manusia kepada matlamat hidup di akhirat.

2) Perbuatan bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan juga boleh menimbulkan irihati manusia lain. Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita agar berwaspada dalam menguruskan nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Sabda baginda SAW:
“Usahakanlah untuk menjayakan keperluan kamu dengan merahsiakannya, kerana sesungguhnya setiap orang yang memiliki nikmat itu didengki”. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

3) Perbelanjaan besar bagi meraikan perkahwinan merupakan suatu pembaziran, jika ia melampaui uruf dan kebiasaan masyarakat. Apatah lagi, sampai keluarga pengantin terpaksa meminjam wang untuk menjayakan majlis itu. Kadang-kadang, walaupun anak daripada perkahwinan itu sudah berderet, namun hutang belanja perkahwinan belum habis-habis dibayar.

Kutbah Jumaat hari ini menyeru agar kita semua bersederhana di dalam kehidupan, termasuk dalam menguruskan majlis perkahwinan. Janganlah pula kita membazir dalam soal perbelanjaan perkahwinan. Sedangkan kos perbelanjaan yang besar itu lebih baik digunakan untuk kehidupan pasangan selepas perkahwinan, bukan dihabiskan dalam masa sehari dua sahaja. 

Jika kita tetap mahu berbelanja, adalah lebih baik perbelanjaan itu digunakan sebagai sumbangan untuk orang-orang miskin dan anak yatim sempena perkahwinan itu. Atau, kita mengundang mereka makan bersama dalam majlis keraian kita secara percuma. 
Gambar Hiasan
Sekian perkongsian daripada ambo pada petang ini..Terima kasih sudi singgah sini..TQ..

Friday, 19 October 2012

Service my 500D at Canon Service Centre, Peremba Square

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Malam ni ambo nk bercerita sikit pasal Canon Service Center di Peremba Square, U2 Shah Alam..Petang tadi ambo telah bawa kamera ambo ke sana untuk di service. bukan nak service pe sngat pun, cuma ambo nak tukar focusing screen kamera ambo tu je..yang asal tu ada masalah sikit..
Canon Center Peremba Square, Saujana Resort...
Kalau sebelum ni service untk tukar focusing screen tu cuma RM50 je..tapi sekarang dah naik harga pulak..orang canon tu cakap dah sebulan lebih start dgn harga baru..jadi RM85 pulak..mahal betul..tapi ok la puas hati sbb dia buat clean camera,lens dgn tukr focusing screen skli..masa nak siap pun kejap je dlm 45 minit..lepas tu terus boleh buat balik..
tngah bincang pasal bayaran..hehe..mintak kurang tp xboleh pulak..hehe..
Info-info lain pasal service eos dslr kat canon ni;
1. Tukar Focusing Screen - RM85
2. Tukar Shutter Blade -RM160+Service Charge RM 120

Lepas je balik daripada canon center ambo terus test camera ambo tu..ok la sikit drp sblum ni..nampak bersih dan cuci..hehe..focusing camera pun lebih laju sikit..sbb sblum ni focusing screen dia ada problem..

Click for enlarge
Click for enlarge
Click for enlarge
Ok la dulu untuk malam ni..Sekian terima kasih..

Thursday, 18 October 2012

WordLast Wednesday

Assalamulaikum & Selamat Malam

Nak buat tajuk Wordless mcm dah lewat dh..dah masuk hari khamis pulak..hehe..xpe2 ambo tukar sikit tajuk entry ambo ni jadi WordLast Wednesday..hehe..ok tak..kalau wordlast ni tak kisah nak tulis panjang-panjang pun..hahaha..xda less..

Ambo cuma nak tnya pendapat korang yang blog-berblog ni..yang mana korang rasa lagi best antara Facebook dengan Blog..??
Blog vs Facebook
Bagi ambo sendiri la, pendapat ambo..ambo lebih suka berblog drp berfacebook..sebab kat blog ni lain..tak macam facebook..facebook tu semua dah fix tak boleh nak ubah pape dah..kat blog ni kita boleh buat mcm-mcm ikut kreativiti kita..lagi satu yang best kat blog ni kita boleh tulis mcm-mcm ikut suka kita..betul tak..??hehe..kalau kat facebook tu rasa berat sikit nak tulis mcm kat blog kan..habis tak pun letak tajuk entry  blog kat facebook dan buat link..hehe..

Semua tu pendapat bagi ambo la..korang semua tak tahu la mcm mna...hehe..sekadar ingin berkongsi pendapat...terima kasih sudi baca pandangan ambo pada malam ni..TQ..

Monday, 15 October 2012

Blackout + Jagung Bakar

Assalamulaikum & Selamat Malam

Harini ambo nak tulis kisah tentang Elektrik Blackout atau bekalan elekrtik terputus..hehe..bunyi mcm pelik pulak kan..xkisah la..hehe..Mungkin korang semua dah lupa bila last blockout elektrik terjadi kat tempat korang kan..ambo sendiri pun dah tak ingat bila last bekalan elektrik terputus kat rumah sewa ambo ni..sebab benda ni jarang-jarang berlaku..kalau berlaku pun sekali atau dua kali je dalam setahun..tu pun kalau ada..hehe..

Kalau bekalan air terputus tu kita dah biasa dengar..siap notis awal2 lagi prepare tadah air..hehe..lagi satu yang biasa kita dengar lagi-lagi sape2 yang mengunakan internet atau broadband..terputus bekalan internet yang menyebabkan kita tak boleh nak online blog..hehe..bekalan internet ni sama je dgn elektrik..kalau dia nak xda dah tak warning dah, terus putus je..senyap..

Selalunya dua-dua ni datang pakej terus, kalau xda elektrik terus internet xdpt jgk..kalau tak modem streamyx  korang mati, laptop atau pc yang mati..hehe..Sama la yang berlaku kat ambo malam tadi..Tengah asyik scroll mouse tiba-tiba gelap..dah xda elektrik..internet pun sama..lingkup skli..hahaha..
"Sediakan lilin sebelum blackout"
Dalam suasana yang suram bercahayakan lilin tu juga la member ambo memberikan cadangan yang bernas..Membuat jagung bakar..mungkin beliau mendapat idea daripada lilin yang sedang menyala..hehe..tapi kitaorng bukan bakar jagung dgn lilin tau..hahaha..jangan silap pulak..bakar atas dapur gas je..Jadi terisi la masa terluang kitaorng kat rumah malam ni dgn aktivit membakar jagung..
Jagung bakar murah-murah..hahaha..

Aktiviti membakar jagung akan diadakan lagi jika berlaku blackout di masa-masa akan datang..hehehe..Sekian entry merepek daripada ambo pada malam ini..Terima kasih sudi singgah jalan-jalan kat sini..TQ..

Sunday, 30 September 2012

SDHC Memory Card Punya Cerita

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Harini banyak pulak pengisian jadual aktiviti ambo..bermula dari pagi tadi lagi ambo dah kluar ke plaza alam sentral (pas) sbb kat sana ada karnival pc fair..ambo kluar pun sorang-sorang je..member-member smua ada kerja lain..Sbnrnya ambo kluar untuk mencari memory card sd untuk kamera dslr ambo bersama internal card reader untuk pc..

Masa kat pas tu ambo tanya-tanya la kat kdai komptr pasal harga sd card ni..harga kat kdai-kdai komputr dlm lingkungan RM50 lebih untuk 16GB class10..kalau class4 murah sikit..dah hbis pusing kedai komputer ambo rasa nak tnya la kat kedai jual kamera dslr, bajet boleh dapat murah la..mak aii, lagi mahal pulak..mahal teruk-teruk pulak tu..bayangkan masa kat kdai komputer ambo tnya brand yang sama untuk 8GB baru RM38 hinggit..selamber je tauke kedai kamera tu ckp yang ni 180..bayangkan RM180..terkejut ambo dengar..ambo dah teliti memory card tu memg sama sebijik dgn kat kedai komputer tu..nampak tak permainan dia..dia ingat kita tak tahu pasal semua ni..ambo trai la tanya kedai kamera sdlr lagi satu kat pas tu, dah agak dah harga dia mahal gila-gila..ratus-ratus jugak..padahal kat kedai komputer tak sampai ratus pun..dia ingat sbb dslr ni yang high class punya lavel, dia nak jual mahal sampai mcm tu..tak patut..

Lepas habis pusing kat sana tak jumpa yang harga berpatutan dengan keadaan semasa sekarang, ambo ambil keputusan untuk ke Plaza LowYat je..senang cari kat sana je..pusing-pusing satu dua lavel dah jumpa dengan harga yang sepatutnya..harga biasa kalau kat lowyat pun yang 16GB class10 tak lebih RM50 hinggit..ambo cari-cari jumpa la yang jenama Pendrive 16GB class10 20mb/s dengan harga RM36 ringgit je..nampak tak kat situ permainan diaorang..sbnrnya harga benda tu tak la mahal sangat cuma kita kena pandai buat pilihan..mcm satu lagi barang yang ambo cari internal card reader, kalau kat shah alam harga dia dlm RM30 ringgit..kat sana ambo beli RM18 je..brand yang sama..pelik juga ambo kenapa perbezaan harga tu tinggi sangat..
Sd card tu dah xda sbb ada dlm kamera..hehe..
Panjang pulak ambo mengepek malam2 ni..tak da la sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..satu je pesan ambo kat korang semua, kalau nak beli sesuatu barang tu kena la survey-survey dulu..jangan senang-senang ditipu..kita kena jadi pengguna yang bijak..btul tak..renung-renungkan..terima kasih..

Wednesday, 5 September 2012

Jamuan Raya PPD Kemaman 2012

Assalamulaikum & Selamat Petang semua warga-warga bloger..

Sebelum ambo meninggalkan percutian raya ambo di Kemaman pada tahun ini, sempat lagi ambo menghadari majlis jamuan raya atau rumah terbuka Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman sebelum 
ambo pulang ke Shah Alam nanti..

Pada raya tahun lepas ambo sempat untuk menghadari Majlis Berbuka Puasa sahaja yang diadakan di pejabat PPD lama sebelum PPD Kemaman berpindah di Pejabat Baru di Jalan Cukai - Air Puteh..

Ramai cikgu-cikgu yang datang ni..

mcm-mcm ada..

Meriah sungguh..

Sebelum menghadari majlis di PPD ni, ambo bersama mak sedara ambo yang berkerja di sini perlu menyelesaikan beberapa perkara dulu..sehari sebelum majlis raya di PPD, mak sedara ambo terlibat dalam kemalangan di Bandar Chukai bersama seorang sepupu ambo..Apa pun Alhamdulillah kecederaan tak serius sangat..cuma kereta mak sedara ambo tu rosak teruk..Claim insurance la jawapannya..




Ambo di sini nak nasihatkan berhati-hati la di jalan raya..kalau di lampu isyarat tu jangan la nak berlumba dgn lampu isyarat..kalau lampu dah nak bertukar merah dari hujau tu, perlahan kan la kenderaan..jangan la cuba-cuba nk pecut pulak..kalau tak mcm ni la jadinya..mak sedara ambo la jadi mangsanya..kita ni dah hati-hati bawak kereta..orng lain pula yang lalai..contoh mcm kereta yang langar mak sedara ambo ni..dah la dia tu ada baby 2 bulan, bawak kereta mcm pelesit..


Berhati-hati la di jalan raya..ingat la orng yang tersayang..Sekian Terima Kasih..TQ semua..

Monday, 11 June 2012

Copyright © hanifredland.blogspot

Assalamulaikum semua..


Pada hari ini ambo nak jelaskan sikit pasal hakcipta ataupun copyright © benda-benda di blog ambo ini..terima kasih kepada cik iekaieko yang bertanya mcm mana nak minta kebenaran untuk share benda-benda yang ada kat blog ambo ini..terima kasih juga sbb sudi share lagu ♫♪..ba ba ba ba banana ♫♪.♪ tu..

Sebenarnya semua hak cipta kat blog ambo ni boleh dikongsi oleh semua warga-warga blog..yang mana rasa menarik untuk dikongsi, boleh je share kat blog anda semua.. Sama-sama lah kita berkongsi keceriaan yang ada ini..




Friday, 1 June 2012

Pandu Ikut Lorong

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Bertemu lagi bersama ambo pada malam ini setelah sekian lama ambo menyepi..menyepi di kg halaman kedua ambo, Perak..hahaha..Ambo terpanggil untuk update blog ambo sikit mlm ini sebenarnya akibat daripada kejadian yang berlaku malam tadi sewaktu balik daripada Ipoh..

Kalau korang baca tajuk entry ambo mlm ini pun dapat faham kot..Al-kisah nya berlaku sewaktu menghampiri kilometer 321 lebuhraya plus..Bermula lah daripada situ kesesakan berlaku..mcm biasa la kalau kat highway jalan jem, mesti lorong kecemasan xda orang guna kan..sebab kat belakang kereta dah ada tampal stiker " Pandu Ikut Lorong ".. Bagus betul tuan kereta ini..pesan berpesan sesama pengguna jalan raya...


Tapi yang tak bagus nya, pesan berpesan tu tak boleh pakai..alih-alih dia pulak yang menggunkan lorong kecemasan..Ini orang-orang tua cakap tampal stiker tak serupa bikin..Bila orang lain baca stiker tu apa lagi ramai la yang follow guna laluan kecemasan juga..dah cakap pandu ikut lorong, follow je la..



Pesan daripada ambo, Jangan Pentingkan Diri Sendiri..Pandu kenderaan secara berhemah..Ingatlah dan sayang lah orang yang anda sayang..Hati-hati di jalan raya..jadilah pemandu yang bertanggungjawab..Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...