Sunday, 9 December 2012

Sukan Antara Fakulti 2012, FSPU UiTM Shah Alam

Assalamulaikum & Selamat Petang..

Sukan Antara Fakulti ataupun SAF 2012 UiTM Shah Alam pada kali ini bermula pada 2 December dan berakhir pada 16 December nanti..Pada kejohanan SAF kali ini, ambo tidak lagi mewakili fakulti ambo FSPU sebagai atlet untuk acara Petanque..tapi ambo bertindak sebagai photographer bebas dan juga penyokong untuk atlet-atlet FSPU..hehehe..

Untuk acara yang berlangsung pada hari ini, Pasukan FSPU telah memenangi beberapa pingat emas melalui acara Kayak, Tarik Tali (Lelaki) dan Petanque (Wanita) dan juga beberapa acara lain yang turut menyumbangkan beberapa pingat perak dan gangsa..Tahniah ambo ucapkan kepada atlet-atlet yang berjaya pada kejohanan SAF kali ini..

Jom sama-sama kita saksikan kemeriahan atlet-atlet FSPU di kejohanan Sukan Antara Fakulti pada tahun ini...Kita mulakan dengan acara tarik tali yang berlangsung pada pagi tadi dimana atlet tarik tali lelaki FSPU telah memenangi pingat emas manakala atlet wanita memenangi pingat perak..

Orang kuat Ap220 mewakili FSPU..Faliq & Nizar..hehe..
Badang-badang FSPU SAF 2012
perbincangan sebelum bermula 
dua badang bertemu di satu tali penentuan..hehe..
tarik!!!
Haaa..tarik lagi!!!
berdebush...aduh!!!
macam ni la..bagus-bagus..hehe..

yeahh..kita menang emas..!!!

wajah kegembiraan..hehehe..



wuooo..wauuu..kuatnya!!!
tarik cepat!!!!
tak gerak pun ni...macam mna nak tarik..hehe..

Untuk acara Petanque pada kali ini, Atlet FSPU lelaki hanya berjaya menjadi naib johan untuk pingat perak manakala atlet wanita telah memenangi pingat emas pada kejohanan kali ini..jom saksikan..

Peace..V..


Cari pe tu kak..hehe..




mana bas ni..lambat tol..hehehe..



Penyampaian hadiah untuk atlet memanah FSPU yang berjaya menjadi naib johan..

hebat budak ni..
terima kasih encik...hehe..
Atlet bola tampar wanita FSPU..

sedia-sedia..!!

nah ambik kau..
Pe dia buat tu..entahla..hehehe..
Acara Senamrobik merupakan acara yang sentiasa menjadi tumpuan setiap kali kejohanan SAF diadakan..untuk kali ini sebanyak 28 pasukan bertanding untuk acara senamrobik yang diadakan di dewan badminton pusat sukan UiTM Shah Alam..







Sekian daripada ambo untuk Sukan Antara Fakulti 2012 pada hari ini..terima kasih sudi singgah sini..TQ..

Views from Engineering Tower, UiTM Shah Alam

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Mungkin ramai antara korang yang tahu tentang landmark UiTM Shah Alam kan iaitu menara SAAS dan juga UiTM Twin Tower ataupun dikenali sebagai menara kejuruteraan..Bagi student-student UiTM khususnya student Shah Alam, mesti dah familiar sangat dengan bangunan-bangunan ni kan..hehe..
Menara Kejuruteraan 2 UiTM Shah Alam
Bagi ambo pula, petang tadi merupakan kali pertama ambo menjejak kaki ke menara kejuruteraan sejak dua tahun belajar kat sini, kalau biasa pun stakat lalu-lalu je depan menara tu..hehe..ambo datang kat sana bukan ada kerja nak buat pun sebenarnya, cuma nak lihat pemandangan UiTM dan juga bandar Shah Alam daripada atas menara tu..hehehe..lagi pun bukan selalu dapat naik kat atas bumbung menara ni..hehe..

Bandaraya Shah Alam
 Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam
Dataran Cendikia (DC) UiTM Shah Alam
Hanif Redland..hehe..
Kolej Mawar, UiTM Shah Alam
Sekesyen 7 & i-City Shah Alam
Sunset at Seksyen 7 Shah Alam
Photo of me at Engineering Tower

Thank You...
Ok la dulu untuk kali ini daripada ambo..terima kasih sbb sudi singgah blog ambo ni..TQ..

Friday, 7 December 2012

At Career Attack UiTM 2012

Assalamulaikum & Selamat Malam


Bertemu lagi bersama ambo pada malam ni selepas dua tiga empat lima hari tak jumpa..hehehe..kali ni ambo nak cerita pasal kerja pulak..biasa la student final year macam ambo ni dah boleh dah nak apply keja..hehe..baru-baru ni atau pun berakhir semalam berlangsung program Career Attack anjuran Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM Shah Alam bertempat di Anjung Seri Budiman dan Annex Hall, UiTM Shah Alam..



Walaupun kesemua syarikat yang terlibat dalam program ini tak berkaitan langsung dengan bidang yang ambo belajar, semangat untuk mencuba temuduga kerja daripada member-member sangat mengkagumkan..ambo sendiri tak pula mencubanya..support kawan-kawan je..hahaha..jom layan pic daripada ambo pada pagi tadi..









Ok la dulu untuk kali ini..jumpa lagi..terima kasih singgah sini..TQ..

Monday, 3 December 2012

Durian Dari Kampung..

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Fuhh..lama betul ambo tak update blog ni..korang jangan risau la walaupun lama ambo tak update blog ambo ni ia tetap tak akan bersawangnya..hehehe..xda lagi dalam sejarah blog yang naik sawang sebab lama tak update..hehe..

Minggu lepas ambo agak sibuk sikit menyiapkan first draft thesis ambo..ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak baik..jadi blog ni terpaksalah la ambo lupakan seketika..hujung minggu pula ambo ambil kesempatan balik ke kampung untuk berehat..tambah-tambah pulak sekarang ni musim durian. seronok la bila dapat balik kampung..hehe..

Bila nak balik Shah Alam semula, macam ni la jadinya..penuh satu kereta dengan macam-macam buah..hahaha..yang paling banyak buah durian la..semua buah durian ni member ambo yang bawa dari kebun dia kat Ipoh..kalau dapat jual kat Shah Alam seronok jugak ni..hahaha..

Ok la dulu untuk hari ini..ambo mintak maaf sbb tak sempat nak jalan-jalan kat blog korang semua seblum-seblum ni..terima kasih sudi singgah sini..TQ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...