Assalamulaikum & Selamat Malam..
Harini banyak pulak pengisian jadual aktiviti ambo..bermula dari pagi tadi lagi ambo dah kluar ke plaza alam sentral (pas) sbb kat sana ada karnival pc fair..ambo kluar pun sorang-sorang je..member-member smua ada kerja lain..Sbnrnya ambo kluar untuk mencari memory card sd untuk kamera dslr ambo bersama internal card reader untuk pc..
Masa kat pas tu ambo tanya-tanya la kat kdai komptr pasal harga sd card ni..harga kat kdai-kdai komputr dlm lingkungan RM50 lebih untuk 16GB class10..kalau class4 murah sikit..dah hbis pusing kedai komputer ambo rasa nak tnya la kat kedai jual kamera dslr, bajet boleh dapat murah la..mak aii, lagi mahal pulak..mahal teruk-teruk pulak tu..bayangkan masa kat kdai komputer ambo tnya brand yang sama untuk 8GB baru RM38 hinggit..selamber je tauke kedai kamera tu ckp yang ni 180..bayangkan RM180..terkejut ambo dengar..ambo dah teliti memory card tu memg sama sebijik dgn kat kedai komputer tu..nampak tak permainan dia..dia ingat kita tak tahu pasal semua ni..ambo trai la tanya kedai kamera sdlr lagi satu kat pas tu, dah agak dah harga dia mahal gila-gila..ratus-ratus jugak..padahal kat kedai komputer tak sampai ratus pun..dia ingat sbb dslr ni yang high class punya lavel, dia nak jual mahal sampai mcm tu..tak patut..
Lepas habis pusing kat sana tak jumpa yang harga berpatutan dengan keadaan semasa sekarang, ambo ambil keputusan untuk ke Plaza LowYat je..senang cari kat sana je..pusing-pusing satu dua lavel dah jumpa dengan harga yang sepatutnya..harga biasa kalau kat lowyat pun yang 16GB class10 tak lebih RM50 hinggit..ambo cari-cari jumpa la yang jenama Pendrive 16GB class10 20mb/s dengan harga RM36 ringgit je..nampak tak kat situ permainan diaorang..sbnrnya harga benda tu tak la mahal sangat cuma kita kena pandai buat pilihan..mcm satu lagi barang yang ambo cari internal card reader, kalau kat shah alam harga dia dlm RM30 ringgit..kat sana ambo beli RM18 je..brand yang sama..pelik juga ambo kenapa perbezaan harga tu tinggi sangat..
|
Sd card tu dah xda sbb ada dlm kamera..hehe.. |
Panjang pulak ambo mengepek malam2 ni..tak da la sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..satu je pesan ambo kat korang semua, kalau nak beli sesuatu barang tu kena la survey-survey dulu..jangan senang-senang ditipu..kita kena jadi pengguna yang bijak..btul tak..renung-renungkan..terima kasih..