Tuesday, 31 July 2012

Photogrammetry & GPS di Bulan Puasa

Assalamulaikum & Selamat malam..
Selamat berpuasa juga ambo ucapkan..

Dah 10 hari berlalu kita semua berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini..rasa skejap je kan..bagi ambo bulan puasa kali ni sangat-sangat berbeza daripada sebelum-sebelum ni..Pada semester ini, praktikal ambo jatuh dalam bulan puasa pulok..bermakna kena buat kerja tanpa dapat makan minum mcm sebelum-sebelum ini..kalau dulu, rasa dahaga je terus beli teh ais bungkus lepak bawah pokok..

Tapi kali ni, penat-penat buat kerja tahan je la dahaga tu..sabar je la..dugaan betul bulan-bulan puasa ni..site ambo kali ni pun masih di lokasi berhampiran dgn pantai, cuaca panas tu tak payah nk cerita panjang-panjang..memang sangat-sangat panas..cuma satu je la yang best dapat tidur n lepak-lepak kat bawah pokok tepi pantai tu..hehehe..yang tu memang best..Apa pun semua tu dah berakhir untuk praktikal kali ni..lepas ini sambung task ke dua pula untuk GPS observation..

Ambo nak cerita panjang-panjang nanti boring pulak..tengok-tengok gambar je la yea..hehe..nak cerita panjang-panjang malas sebenanrnya..hahaha..kat bawah ini ambo rangkumkan perjalanan ambo di Melaka sepanjang 10 hari praktikal ni..

1 GPS 1 Malaysia

TM di mana jua berada tetap bersama..

Yang ni ambo tak thu nak comment pe..haha..

Tinggi jugak aku ni..hehe..

No comment #*$@#%$

Lintasan hormat perbarisan hari GPS..

Rehat tepi pantai sambil borak dgn pakcik nelayan..

Dapat kenal banyak jenis-jenis ikan..

Abaikan yang ini..

Exercise di petang hari..

Bersenam baik untuk kesihatan..

Shopping-shopping beli ikan sikit..

Siapkan report..

Fesyen terbaru bulan ramadhan..haha..

Hensem gile yang tolak troli tu..mutu,gaya & keunggulan..

Kosong je troli tu bang..ada buah kurma timbang je..hehe..

Terima kasih sudi singgah blog ambo ini..nanti ambo sambung lagi cerita sehari dua nanti..hehe..selamat bersahur nanti..tq..

Kenangan Site Pangkalan Balak Melaka 2012




Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan - Melaka - Praktikal

Assalamulaikum dan selamat malam blogger sekalian..

Masih belum terlambat rasanya ambo nak ucapkan Selamat Menyambut Ramahdan Al-Mubarak kepada semua blogger-blogger beragama Islam..Ambo pun nk mohon maaf sbb lama sngt ambo tak update blog ambo ni..mungkin sibuk sangat dengan praktikal ni..jarang-jarang ambo ada masa nak online.

 Ambo xda nak cerita panjang sbb kalau nak cerita pasal praktikal ambo di Melaka ni memang tak habis nak tulis ni..jadi ambo sediakan ringkasan je la mengenai perjalanan ambo sepanjang berada kat Melaka sehingga bermula ramadhan di sini..

Biasa la mula-mula sampai mesti la shopping barang-barang dulu..beli yang mana perlu..
Lokasi Tesco Melaka..

Laju je tolak troli tu...
Yang ni pulak perbincangan antara ahli group..Semua-semua ni merupakan ahli-ahli group ambo..semua hebat-hebat ni..
Haa..saya merupakan bos korang..faham ke tak..!!
Yang ni bukan bos k..

Yang ni lepas buat kerja penandaan point ground control untuk Image Arial Photo..kitaorng lepak kat pantai Pangkalan Balak rehat-rehat sambil melihat pemandangan laut..
Tenang je lepak kat sini..
Yang ni pulak antara menu-menu sahur kitaorng kat sini..makan sahur biasa-biasa je janji dapat isi perut n tahan lapar masa buat kerja..
Menu Sahur..

Sayur sawi masak ala-ala tomyam..hehe..hot spicy

Yang ni merupakan ketua Chef kitaorng sepanjang puasa..
Ni lain pulak cerita kat sini..yang ni bukan nak cerita pasal kitaorng kena tahan dengan roadblock polis..kitaorng yang tahan polis tu buat roadblock..hahaha..ambo gurau je..hehe..
Tempat ni jugak yang kitaorng nak buat kerja Polis tu sibuk jugak nak buat roadblock..masalah2..

cik..sila berhenti..kereta ni dalam keadaan mencurigakan..ada makana dalam kereta..

ni resepi special daripada chef kita..roti kaya pandan sumbat..

Yang ni pula roti gulung tikar..hancur habis..tp sedap
 Part ni yang ambo paling suka kalau praktikal kat Melaka..sbb melaka berada kat tepi laut..tiap-tiap malam ambo boleh lepak menikmati pemandangan laut yang tenang dan mendamaikan..lokasi yang ambo suka lepak,atas jambatan ke Pulau Melaka..
View from jambatan pulau melaka..
 Yang ni pulak dah start buat kerja observation..ni time-time panas bulan puasa ni..letih tu tak payah cakap la..memang letih gila-gila..
Puasa ke tak ni..??hehe..


Buat kerja kat tengah panas bulan puasa..fuhh..penat gila..

Terima kasih sudi jenguk-jenguk blog ambo ni..ok la dulu..nanti ambo sambung cerita-cerita lain lagi seanjang ambo berada kat melaka ni..TQ..

Thursday, 19 July 2012

Journey to Melaka - Final Part..

Assalamulaikum dan selamat malam..

Hari ini bermulalah perjalanan praktikal atau survey camp ambo yang terakhir bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam..Untuk praktikal terakhir ini masih dijalankan di lokasi yang sama seperti survey camp yang lepas-lepas iaitu di UiTM Kampus Bandaraya, Melaka..

Perjalanan ambo bersama-sama member ambo bermula daripada Sek 6 Shah Alam lebih kurang pukul 9.30 pagi..Perjalanan sepanjang berapa kilometer pun ambo tak sempat nak kira, masih berjalan lancar sehingga ke RNR Seremban..Keluar daripada RNR Seremban kitaorng berpecah-pecah sehingga tertinggal seorang member ambo kat belakang..

Sebelum bertolak dari Shah Alam..

Rupa-rupanya motor dia rosak kat tengah highway..ptt la ambo tnggu-tnggu member ambo tu tak sampai..tak seorang pun daripada kitaong yang sedar member tu dah xda kat belakang...nasib baik la member tu terserempak dengan member ambo yang konvoi berkereta..diaorng la yang inform kat member ambo sorang lagi, patah balik dia lawan arus kat haighway Plus tu..Yang tak leh bla tu smua kereta 5 buah berehenti kat tepi haighway nk bagi bantuan..yang rosak cuma moto sebijik je..hehe..siap kena sound dgn Plus Ronda lagi ckp ni bukan buat pamiran kereta..yang lain-lain boleh jalan...hehe..

Masa ni OK lagi..

Masih ok lagi..

Lepas ni...hilang member tu..

Moto member ambo tu terpaksa ditunda samapai ke Air Keroh, Melaka..dalam 20 km juga tunda dgn kaki..bukan tunda mcm tow truck tu yea..tolak dgn kaki je..kesian kawan tu...Smpai Air Keroh bawak ke kedai apek baiki moto..parah juga kena baiki tadi..yang masalah nya benda ni jadi silap kitaorng juga, bawak laju sngt, tak terkejar kawan tu, smpai meletop moto dia..

Mcm mna moto hang..??pa dia..

Masuk workshop..habis cerita..hehe..

Ok la dulu cerita ambo pasal journey hari ini..ambo dah mengantuk sangat-sangat ni..tq smua..

Monday, 16 July 2012

My Lagenda Makeover...

Assalamulaikum & selamat petang..

Selamat bertemu kembali bersama ambo pada hari ini setelah dua tiga hari ini ambo menghilangkan diri..ambo bukan menghilang ke mana-mana pun, cuma balik kampung halaman jap..hehe..bukan Kelantan yea adik-adik, tapi kat Tapah, Perak.. Teman kan orang perok..dok gitue yop!!hahaha..

Dua tiga hari duk kat Tapah memang xda keja yang ambo boleh buat, nak gi jalan-jalan pun xthu nak gi mana..lagi pun ambo sorang-sorang je..kalau ada teman xpe gok..hehe.. :) Orang-orang tapah ke..

Daripada xda kerja kat rumah, ambo pun start la kerja..bukan kerja pe pun,kerjakan motosikal lagenda ambo tu..hahaha..kesian ambo tengok body motosikal ambo tu dah xda color, jadi ambo beli spray clear dgn color hitam, ambo cat semula smua body tu..sehari suntuk ambo siapkkan motosikal ambo tu..


Cuma yang xboleh bla nya masa nak pasang balik body tu, kadang-kadang tu ambo gelak sorang-sorang, bukan pe, nak pasang balik skrew-skrew tu ambo lupa..hahaha..biasa la ambo ni bukan pakar bab-bab moto ni..hehe..



ok la dulu cerita pasal motosikal ambo tu..nanti kita sambung cerita pasal praktikal ambo kat melaka pula..Tq semua..


Sebelum tu ambo ada satu gambar yang ambo nak kongsi bersama, gambar ni ambo snap masa waktu senja minggu lepas..indah dan cantik sungguh ciptaan Allah swt untuk kita tatapi dan hayati..


Thursday, 12 July 2012

Berakhir sudah final exam...

Assalamulaikum & selamat malam..

Akhirnya berakhir sudah perjuangan ambo untuk semester kali ini..dengan berakhirnya paper Sustainable Development pada petang tadi maka tamatlah semester keenam ambo di UiTM Shah Alam..cuma masih ada  satu semester lagi yang perlu ambo tempuhi bersama thesis tahun akhir ambo..yang tu pun belum complete lagi..haha..

Kat bawah ni ambo sediakan wajah-wajah member ambo untuk menghadapi final paper yang betul-betul final la sbb ni adalah paper terakhir untuk semester ini..

Orang-orang kuat untuk Sustainable Development paper..


Risau je bang..??

Yang ni bagus..happy je..

yang ni pun sama..msti study hbis dh ni..

Anda semua boleh mula menjawab sekarang..

Masa dah tamat..sila letakkan pen anda sekarang..

yang ni kompem boleh jawab ni..

Ok la dulu cerita ambo untuk entry final exam semester ini..ambo doakan kepada semua yang menduduki final exam semester ini, semoga berjaya..good luck..harap-harap result gempak-gempak nanti..tq..

Saturday, 7 July 2012

Jualan Gudang Network Foods Industries (Chocolate)

Assalamulaikum & Selamat Petang..

Harini ambo nak cerita sikit pasal Jualan Gudang yang diadakan oleh Network Foods Industries Sdn Bhd yang diadakan di kilang miliknya di  Persiaran Raja Muda  Seksyen 16, Shah Alam, Selangor..
Network Foods Industries, Sek 16 S.Alam

Promosi jualan tersebut telah bermula dari semalam 6.7.2012 sehingga pukul 5 hari ini 7.7.2012..banyak la juga coklat-coklat yang dikeluarkan oleh kilang tersebut dapat dibeli dgn harga yang sangat-sangat murah la boleh ambo katakan..
Beratur panjang nak bayar..sekli beli ratus-ratus sorang..fuhh..!!
mcm-mcm ada..pilih je..

Mari-mari!!..coklat muroh-muroh..duo ya-duo-ya!!

Yang mana dekat-dekat tu boleh la pakat datang ke kilang tersebut sblm pukul 5 ptg hari ni..boleh borong coklat banyak-banyak..ambo cuma beli dua tiga keping Crispy je.hehehe..TQ..jumpa lagi nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...