Monday, 30 April 2012

Mid Sem Journey...

Assalamulaikum & selamat malam..

Lamo sengoti ghasonyo ambo dok buko blok ambo ni..beso la cuti-cuti ni sibuk semace..ambo bena baru jah kelik Shah Alam male dari Kemamang(Kemaman,Terengganu)..pelek ko ambo kecek kelate male ni..hahaha..kali kalo takpo kok..nati ambo buat kamuh kat bowoh tulih hok mano rasa ayak pelek sangak..ni baru sikik jah tapi takpo la ambo kecek bahaso stendek la nati rama dok pehe pulok..nati baco bunyi pelek pulok..mace bahaso siea(siam) jadi..hahaha..

 Kalau tengok tajuk entry ambo ni mcm perjalanan pergi cuti jah..tapi bukan gitu sebenarnya..masa cuti mid sem dua 3 hari lepas tu ambo gi jalan-jalan rumh mak sedara ambo di Kemaman..kalau nak lebih jelas di Kemasik..betul2 depan Mesra Mall..kalau nak gi tengok wayang, main boling atau nak shoppping cuma gi jalan kaki jah..tak payah susah-susah nak naik kereta..hehehe..

Mesra Mall Kemasik

Pasaraya TMC, Mesra Mall


Sebelum gi Kemaman, ambo balik dulu rumah ambo di Tapah, Perak..kalu di Tapah ambo duduk di Kuartes Polis di Taman Bukit Hijau..bagi orang-orang Tapah mesti tahu kan..dekat dengan Pasar awam baru Tapah..cuma kalu ambo blik Tapah bosan sikit sbb takda member pun kat sana..cuma ada sorang je member rumah sewa ambo di Shah Alam ni..sebenarnya boleh dikatakan baru la juga ambo tinggal di Tapah, Perak ni..

Dewan Anggerik IPD Tapah..kat depan ini adik ambo sbnrnya..

Kuartes IPD Tapah


Sebelum ni ambo duduk di Kelantan..memang membesar di Kelantan..Sebelum pindah ke Perak ambo tinggal di Tanah Merah dan Gua Musang..cuma di Gua Musang pun tak lama sangat tinggal di sana sbb kena pindah ke Tapah..nanti la ambo cerita semula pasal tempat-tempat ni semua..



Kamus Bahasa Kelantan:

sengoti = betul
ghasonyo = rasanya
beso = biasa
semace = selalu
bena = sebenar
male = semalam
pelek = hairan
kecek = cakap
kamuh = kamus
bowoh = bawah
tulih = tulis
ayak = ayat
stendek = standard
rama = ramai
pehe = faham
mace = macam


Terima kasih..selamat malam.. ('',)..


Friday, 20 April 2012

Research Proposal..

Harini dah sampai tarikh ambo nk kena submit proposal thesis dah..

huhh..cepat btul masa ni berlalu..




lepas cuti mid sem ni terus viva lak..nak kena hantar assignment lab lagi..test and quiz..

nk kena siapkan chapter untuk thesis report..
 
memang banyak la kerja lepas cuti nanti..
 
apa pun semoga ceria-ceria selalu..
 
kerja tu jangan lupa buat lak..
 
terima kasih..
 
bye
 
('',)


Wednesday, 18 April 2012

Monitor oh monitor..

Assalamulaikum..selamat petang..

Ambo sebenarnya nak cerita sikit pasal monitor hari ni..bukan ada apa pun sbb korang smua msti dah sangat-sangat mengenali monitor ni kan..atau nama lainnya budk2 skrang ni panggil LCD..sebenarnya pada minggu lepas dan juga minggu in ambo bersama housemate ambo telah memborong set PC dan juga monitor di Unit Perolehan Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam..

Yang tak boleh blah tu harganya cuma RM10 je..kitaorng pe lagi beli la sebiji sorang..tu yang jadi belambak kat rumh tu..hahaha.set pc tu kitaorng buat surat permohonan sbb CPU memang tak dijual kepada pelajar..

CPU & Monitor..

Semua elok-elok lagi..

LCD monitor..

17" Compaq year 2006..



Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan monitor lcd rm10, segera lah ke unit perolehan bejabat bendahari uitm shah alam..makluman!!khas untuk pelajar uitm sahaja..terima kasih..

Saturday, 14 April 2012

Twelve April Two Thousand Twelve -120412

Assalamulaikum & selamat malam @ pagi..

Bila diperhatikan semula susunan tarikh dua belas haribulan april dua ribu dua belas tu sebenarnya ambo rasa sangat menarik 120412..

rasa unik bagi ambo sebenarnya sbb tarikh tu amat bermakna untuk diri ambo..tarikh tu mengingatkan ambo ni dah makin bertambah tua dah..hahaha..tarikh ni sebenarnya tak kan berulang lagi sampai bila-bila pun..hehe..sungguh unik kan..

bagi sesiapa yang lahir pada dua belas haribulan dua belas tahun ini, sesungguhnya susunan angka pada hari tersebut sangat lah menarik..121212..

Hanif Redland..120412
 
Ni member ambo semasa belajar di Perlis n Shah Alam sekarang..

Meraikan sambutan hari 120412 bersama member ambo di KFC..sbb ambo lama dah tak makan kfc ni sebenarnya..hahaha..

Untuk sahabat baik ambo Muhammad Azmi Bin Mokhtar yang berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - UTHM Johor..ambo ucapkan selamat hari lahir pada hari ini..

Thursday, 12 April 2012

Makin tua dah ambo hari ini..

Assalamulaikum & selamat malam semua..

Mungkin ada yang tak faham dengan tajuk entry ambo malam in kot..bukan maksud ambo dah semakin nyanyuk atau lupa..hahaha..belum tua lagi k..tp semakin meningkat dewasa..ambo rasa macam baru je 12 hb april ni muncul lagi pada tahun ini..macam rasa tak sampai setahun pun..sekejap je masa berlalu..yang dah lepas tu tak kan kembali lagi..masa tu tak dapat diundurkan atau di patah balik..

Guna kan lah sebaik baiknya masa yang ada sekarang ni..Kenangkan la apa yang dah berlaku pada masa lepas dan yang berlaku sekarang..sesungguhnya suatu hari nanti kita akan tersenyum mengingatkan kenangan-kenangan masa lalu.. rakam kan lah saat-saat indah sekarang kerana saat itu tak akan kemabali lagi jika telah berlalu..sbb itu la sebenarnya ambo suka mengambil gambar walau apa pun situasi..kerana setiap yang kita rakam itu tak akan berulang lagi..

Ambo rasa setakat ini la dulu posting ambo untuk malam ini..ambo ada satu lagi ayat nak ditulis..Jika kita bersungguh-sungguh mengingati seseorang rakan, kawan atau sahabat atau pun teman, adakah mereka akan mengingati kita juga sama seperti kita..jangan la kita rasa kecewa kerana sesunggunhya manusia itu mudah lupa..maafkan la mereka..always be happy..

Terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...