Saturday, 31 March 2012

Memancing di Jambatan Pulau Indah Pelabuhan Klang

Assalamulaikum smua..

Ambo kat sini nk kongsi pengalaman ambo memancing di dalam jejambat jambatan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang 2 hari lepas..ambo bertolak dlm pkl 12 mlm dan sampai di sana lebih kurang pukul 1 pagi..

Petrama kali dalam hidup ambo memancing di tempat yang boleh dikatakan extreme dan agak bahaya boleh ambo katakan..Untuk masuk ke dalam jejambat jambatan, ambo terpaksa memanjat tangga yang boleh dikatakan agak curam dan menegak..selepas itu berjalan melepasi 4 tiang jambatan berjarak 100 meter lebih..

Kemudian turun menggunakan tangga yang curam juga untuk sampai ke tapak tiang jambatan tersebut..walaupun tangkapan tak seberapa, tetapi pengalaman tersebut memang sukar untuk diperolehi..

Setting joran dlu kat bawah jambatan..
Laluan dalam jejambat jambatan Pulau Indah
Dah mcm dlm lombong plk..

Bergambar dlu..hehe..

Tangga untuk turun ke bawah kaki jambatan..
Joran yang mengambil bahagian..

Merenung masa depan sambil tunggu joran mengena..hehe

Walaupun bahaya tetap cool..

Ni la joran ambo guna mlm tu..

Pemandangan daripada tiang jambatan no 5..
Naik berehat dulu semasa hujan..

Bro jali bersama kepah yang ditangkap..

Pulang sudahh..

Sekian..terima kasih..

Wednesday, 28 March 2012

Pemilik Kereta yang cool & stylo..contohilah..

Assalamulaikum warga2 bloger..

Ambo di sini ada satu cerita menarik yang nk dikongsikan.. Tengahari tadi semasa ambo berada di sekitar Seksyen 2, ambo terpandang sebuah kereta yang nampak biasa je tetapi ada kelainan jika diperhatikan betul2.. 

Ambo berasa kagum dengan pemilik kereta tersebut walaupun terdapat kecacatan kecil pada kereta tersebut, keselematan adalah yang utama bagi beliau ambo rasa la..mungkin pemilik kereta tersebut lebih mementingkan aspek keselamatan semasa memandu..kreatif betul dan dapat menjimatkan kos..hehehe..cuba lihat gambar di bawah ini untuk memahami apa yang ambo maksudkan..hehe..

Jgn silap!!yang baju hijau tu bukan pemilik kereta..orng lalu lang je..hehe

Utamakan keselamatan di jalan raya..

Thursday, 22 March 2012

Konvoi Sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukerelawan Siswa(YSS) UiTM Shah Alam

Assalamulaikum & selamat malam..

Pada petang tadi ambo bersama member2 ambo sekuliah telah menyertai program konvoi bermotosikal sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukerelawan Siswa(YSS) di dewan DATC UiTM Shah Alam yang dirasmikan oleh Perdana Menteri kita sendiri...

Sebelum aktiviti bermula, macam biasa lah dimulakan dengan taklimat oleh pihak penganjur..selepas tu makna-makan dengan pembahagian baju t-shirt..Konvoi bermula pada pukul 7.45 malam tadi menuju keluar daripada UiTM ke lebuhraya persekutuan,memaluai seksyen 2 dan membuat pusingan didalam UiTM sebelum berakhir di depan bangunan canseleri UiTM..

Go!!..go!!..gooo!!!..Power Rangers..hahaha

Taklimat keselamatan motosikal..

No comment...

Semak budak sebelah aku ni..mcm budk hip hop..hahaha

Geng-geng Power Rangers sedang makan sebelum beraksi..

Yg ni sorang lagi ahli Power Rangers bersama seorng ustaz..

Sempat lagi mamat ni bergaya atas moto..hahaha..

Team rides Persatuan Sek2 Kito (PSK)

Dah macam mat2 rempit jadinya..

Menunggu ketibaan PM..

1 Malaysia..Malaysia Boleh..UiTM Boleh..
TQ sudi menjenguk blog ambo ni..

Saturday, 17 March 2012

Thr Gegar PPT Kembali ke Udara @ hanifredland.blogspot

Setelah sekian lama Thr Gegar Permata Pantai Timur menyepi di laman blog ambo ni...akhirnya Thr Gegar online kembai ke udara semula pada hari ini...Selepas Thr Gegar menukar interface laman webnya pada tahun lepas dan menggunakan perkhidmatan AMP network sebagai platform online streaming, streaming online di blog ambo ni mengalami sedikit masalah..

THR GEGAR PERMATA PANTAI TIMUR
 Alhamdulillah akhirnya hari ini ambo dapat menyelesaikan masalah tersebut dan Thr Gegar kembai ke udara seperti biasa di laman blog ambo..

Thr Gegar@hanifredland.blogspot

Monday, 12 March 2012

Hujung Minggu Bersama Pelajar-Pelajar Baru di Bukit Cerakah..

Assalamulaikum dan selamat malam semua..

Agak lama juga rasanya ambo tak update blog ambo ni..biasa la awal-awal semester ni sibuk sikit..nak selesaikan tu ni n macam2 la..nak update pun xda entry yang best awal-awal semester ni..just buka view blog orng lain je..hehehe..

Hari sabtu lepas ambo sempat la join member2 ambo yang semester enam skrng ni menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar baru Sains Ukur & Geomatik yang diadakan di Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam..
Program yang diadakan untuk pelajar-pelajar baru semester ini sama juga macam semester lepas-lepas, iaitu Explorace..

Ambo hanya bertugas untuk menjaga check point yang ketiga iaitu aktiviti menggunakan lastik dan tali serta pengetahuan am..dapat la juga ambo berkenalan dengan budak-budak junior ni semasa melakukan aktiviti di check point ambo...Sebenarnya aktiviti Explorace tu tak sempat habis sbb dah sampai ke tengahari budak-budak junior ni tak sampai ke semua check point lagi..Jadi ambo pun pulang awal la hari tu sbb sebelah petang tu nk ke Low Yat pulak nk beli barang pc..

Sekian la cerita dari ambo yang ayatnya agak berbelit-belit sikit pada kali ini..hehe..terima kasih yg sudi membaca..tq..

Perarakan masuk kontijen Fasilitator berbaju oren..hehe..

Perbincangan aktiviti explorace

Pembahagian kumpulan

Hukuman denda sedang berjalan..akibat gagal melastik dengan baik..hahaha..

Cari sape tu bang!!jenguk2..hahaha..

Antara peserta akhir cabaran melastik botol..En Rauf..hehehe..

Uji minda dan IQ..santai je fasi2 ni..

Ni la ambo..untuk keselamatan semasa aktiviti melastik..safety first..hahaha..
Wasalamulaikum..jumpa lagi..

Sunday, 4 March 2012

Menghabiskan sisa-sisa cuti semester di Kemaman,Terengganu..

Assalamulaikum smua..apa khabar..?harap smua sihat2 belaka...

Bagi member2 yang lain selain daripada yang belajar di UiTM, ambo ucapkan selamat mengulangkaji pelajaran..mungkin member2 yang lain dah mula kuliah 3 minggu yang lepas kan..sementara mununggu UiTM dibuka semula, ambo telah berlepas ke Kemaman, Terengganu selepas tamat survey camp di Melaka..

Sebenanrnya tiap2 cuti semester kalu ada kelapangan masa, ambo selalu ke sana berjumpa mak2 sedara ambo serta nenek ambo..cuma cuti kali ni ambo berkesempatan untuk menjenguk ke Awana Kijal Golf & Resort..sempat la jugk berenang-renang di kolam hotel tersebut bersama sepupu2 ambo..yang paling best dapat merasa steam bot dia hotel berkenaan..terima kasih kepada mak2 sedara ambo di sana..lain kali belanja lagi..hehehe..tq..

Mak sedara bersama sepupu2 ambo..

dah jumpa kolam dah..haha..

Apa lagi main air la..la..lala..

Sepupu ambo yg paling kecil bermain air..

Makan steam bot kat Hotel Awana..

Siap ada band lagi..ajak ambo menyanyi skli..

Terima kasih..jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...