Sunday, 29 January 2012

Survey Camp Melaka 2012 - Hydrography & Engineering

Assalamulaikum semua..

Pada cuti semester kali ni macam biasa la ambo dgn member2 lain jurusan ukur UITM diwajibkan untuk mengikuti latihan amali yang dinamakan Survey Camp. Pada semester ini, Melaka sekali lagi menjadi lokasi bagi ambo bersama pelajar2 lain untuk menjalankan segala latihan amali berkenaan ukur. Ambo bersama member rumah sewa di UiTm Shah Alam bertolak dari Shah Alam ke Melaka pada 25 haribulan lalu berkonvoi menungang motosikal lebih kurang tiga jam perjalanan untuk tiba di Kolej Tun Mutakhir UiTM Bandaraya Melaka..

Check point pertama- Petronas Sek 6

Sarapan dahulu sebelum memuakan perjalanan..

Terdapat masalah sedikit..tetapi berjaya diselesaikan juga..

Pasukan konvoi..

Meluncur lancar di lebuhraya..

Sempat possing lagi tu..hehehe..

Ahli konvoi paling otai..

Kemah keming..

Pada hari pertama tiba di Melaka, seperti biasa taklimat tentang perjalanan Survey Camp untuk tahun ini dan  pembahagian kumpulan bagi kerja Hydrography dan Engineering.

Pembahagian Baju..

Untuk hari kedua, ketiga dan keempat ambo telah diberikan tugas untuk merancang bagi kerja-kerja hydrography seperti mana kerja-kerja sebenar di lapangan hydro. Selain daripada perancangan kerja, ambo juga diberi penerangan dan latihan untuk mengendalikan alat2 kerja hydrography seperti Echo Sounder, DGPS, Automatic Tide Gauge, SVP dan software2 yang berkaitan.. Pada sebelah petang tadi sempat pula ambo keluar skejap untuk menikmati Coconut Shake di Pantai Klebang Melaka.

Preparation untuk kerja hydro..

Perbincangan bersama pensyarah..

Best ke bang...??

Habis dh ke Coconut shake tu bang..hahaha..

Sempat jugak ambo singgah kat Kapal Selam ni petang tadi..


Terima Kasih kepada yang sudi membaca..

Wednesday, 25 January 2012

End of holidays, Begin of Practical..


Assalamulaikum kepada semua bloger2 dan member2 yang mengenali diri ambo..

Rasanya lama juga ambo tak upate blog ambo ni..maklumlah ambo berada di kampung halaman ambo dua tiga hari lepas..Sibuk sikit kalu blik kg ni..macam2 benda nk buat..yang paling penting chanel astro 551, 553, 554 dan 555 mesti tak lepasnya..ambo sebenarnya seorang peminat rancangan dokumentari..tak kisah la pasal sains, sejarah, kejuteraan, pertanaian dan pembuatan, semua ambo layan..

Ambo sebenarnya xda cerita sangat pasal cuti sebelum ni, cuma ada satu cerita msa nk blik ke Tapah aritu..masa tu ambo balik bersama member2 ambo 3 orang dengan sebuah kereta ikut lebuhraya Plus..lebih kurang lepas daripada Rawang jalan dah mula jem..semua kereta bergerak perlahan je..sebenarnya ada kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbalik..sempat la juga ambo mengambil gambar keadaan lori tersebut, masa tu kereta yang ambo naiki tu terpaksa berhenti betul2 di sebelah lori tersebut untuk memberi laluan kepada ambulance untuk mengambil mangsa yang cedera..

Jem la pulak..

Dari jauh..

Dah dekat..

Kenapa angkat tangan tu Encik..??


Hari ini ambo telah pulang kembali ke Shah Alam, transit sehari untuk packing barang sebelum bertolak ke Melaka pagi esok..sebelum nk bertolak esok, persediaan kenderaan perlulah diambil berat..pada sebelah petang tadi ambo bersama2 member keluar untuk membasuh motosikal sebelum perjalanan pada pagi esok..lepas siap membasuh motosikal tadi, ambo ada sediakan sedikit jamuan ringan yang disediakan daripada rumah sewa ambo..diharapkan semoga perjalanan pada pagi esok berjalan lancar..

Antara motosikal yang menyertai aktiviti petng tadi..

Antara dua buah lagi motosikal..

Kerepok lekor..

Menjamu selera..

Makan dulu wehh..nanti habis pulak..cepat2..


Hati-Hati Di Jalan Raya..Ingatlah Orang yang Tersayang pun Menyanyangi Kita Juga..

 - Terima Kasih -

Thursday, 19 January 2012

End of Final Exam 2012

Assalamulaikum..

Alhamdulillah..akhirnya  telah tamat semua paper exam untuk semester kali ini..walaupun pelbagai dugaan yang ambo dihadapi semasa menempuh final paper untuk semester kali ini, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Selepas habis final paper untuk semester kali ini...minggu depan macam biasa la ambo dengan student2 ukur yang lain akan menjalani latihan praktikal (Survey Camp) di Melaka pula..

Lepas habis hantar paper..

Dewan exam tiap2 semester ambo di UITM..


Ambo tinggalkan minggu final exam kali ini dengan video yang ceria dan menarik hasil daripada kretiviti MAS yang dilakukan di KLIA..terima kasih..Jumpa lagi..selamat menonton..

Cool..

Wednesday, 18 January 2012

Idris Tawfiq : My Journey to Islam

Assalamulaikum..
Sama-sama kita menghayati bagaimana seorang non-muslim Idris Tawfiq menerima ajaran Islam dalam dirinya dan mengabdikan Islam sebagai pegangan hidupnya.

Idris Tawfiq : My Journey to Islam


Tuesday, 17 January 2012

Operasi Fogging Nyamuk Aedes di Blok 4 Seksyen 6 S.Alam

Assalamulaikum semua..

Setelah hampir 2 minggu menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya pihak berkuasa telah muncul petang tadi di Seksyen 6 khususnya di Blok 4 yang ambo diami in untuk membasmi nyamuk-nyamuk khusnya nyamuk aedes.

Sebelum aktiviti berfogging dimulakan oleh pihak berkuasa( ambo rasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ) telah muncul seorang lelaki Singh mungkin pegawai daripada KKM bertanya mengenai rumah yang ambo diami ini pernah terkena wabak denggi. Dengan tepat skali ambo menjawab ya..penghuni dalam rumah ini.."yang menjadi mangsanya awal tahun aritu ambo dengan seorang lagi roommate ambo,Din". Singh tu meminta kebenaran untuk membuat semburan fogging di dalam rumah.. Ambo bersama member2 yang lain terpaksa berada di luar rumah untuk seketika kerana keadaan di dalam rumah dipenuhi dengan asap semburan fogging..

Walaupun aktiviti semburan fogging ini telah dilakukan, sebenarnya ambo berasa sedikit kecewa terhadap masa tindakan yang diambil terhadap aduan denggi yang ambo dan member ambo alami awal tahun 2012 yang lalu. Setelah 2 minggu menunggu barulah ambo merasa lega sedikit dengan semburan fogging yang dilakukan petang tadi..Apapun terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan semburan fogging pada petang tadi..

Nasihat ambo supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling, awasi pergerakan nyamuk di rumah anda dan gunakanlah apa saja cara untuk menghapuskanya..

Terima kasih yang sudi membaca..tq..

Monday, 16 January 2012

Release Tension at Stadium Shah Alam

Assalamulaikum..

Lepas penat study dari pagi smpai ke petang hari ini untuk paper Hydrography esok, ambo dengan roommate ambo telah kluar untuk menenangkan fikiran skejap di Stadium Shah Alam sambil tengok orang buat Drift dengan tengok orang main kereta Go-kart..hehe..bukan nya dapat tenangkan fikiran pun, dapat dengar bunyi bising ada la..hahahaha..Good luck untuk exam nanti..bye..

Sempat possing lagi tu..

bendalah in la yang bunyi bising tu..

Go-Kart Stadium Shah Alam

Sempat lagi posing dengan kereta dia tu..

Panorama Stadium Shah Alam..

Saturday, 14 January 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Artikel iluvislam.com
Gambar hiasan


Thursday, 12 January 2012

Entry Pertama Tahun Baru 2012

Assalamulaikum semua..

Belum terlambat lagi untuk ambo ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua bloger2 dan member2 ambo di mana jua berada..Semoga tahun baru ini memberi lebih keberkatan dan semangat untuk terus berjaya..

Ambo lama menyepi daripada berblog pada awal tahun baru ini sebenarnya bersebab..Banyak juga entry2 yang ambo nk kongsi bersama untuk tahun baru ini berkubur sahaja..biarlah jadi kenangan ambo seorang sahaja..awal  tahun ini juga merupakan minggu exam bagi ambo dan pelajar2 universiti tempatan lain..

Tapi bagi ambo lain pulak ceritanya..Ambo telah disahkan oleh Doktor di Unit Kesihatan UITM bahawa ambo telah disahkan menghidap Demam Denggi..Alhamdulillah sekarang ambo telah pulih sepenuhnya..Tempoh seminggu semasa demam denggi tu sangat perit..semua perkara susah nak dilakukan..Hari-hari ada appointment dengan Doktor pulak untuk tngok keputusan ujian darah (platlet). Alhamdulillah sekarang ambo telah sihat sepenuhnya..

Bagi sesiapa yang demam tu lebih daripada 3 hari,cepat-cepat la berjumpa doktor semula untuk mendapatkan kepastian tentang tahap kesihatan kita..Kat bawah ni ambo ada sertakan gambar rekod pemantauan semasa ambo sakit aritu..Terima kasih kerana sudi membaca..

Tanda-tanda..

Rekod ambo..


Panduan semasa sakit..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...