Friday 30 December 2011

Story of 2011

Assalamuaikum..

Sehari lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2011 dan melangkah masuk ke tahun baru 2012..Sempena bermulanya tahun baru itu juga la semakin bertambah tua la kita semua..rasanya macam baru je berada dalam tahun 2011 in kan..rasa macam cepat sangat masa tu berlalu..sedar2 kita semua dah berada di penghujung tahun 2011..
Mungkin banyak kenangan, suka duka, tangis tawa  yang kita laluai sepanjang tahun 2011 in kan..Mungkin banyak juga pengalaman, idea, dan ilmu yang kita perolehi sepanjang kita menempuh tahun 2011..kita gunakanlah dan manafaatkan sepenuhnya apa yang kita perolehi sepanjang tahun 2011 ini..Yang mana baik dan elok bagi kita, kita teruskan..yang mana tak elok dan memudaratkan kepada kita, kita tinggalkan..

Bagi ambo sendiri banyak kenangan yang ambo telah laluai sepanjang tahun 2011 ini..Banyak juga kenangan suka tawa, sedih hiba yang ambo telah laluai....banyak juga perkara yang ambo dapat pelajari sepanajang tahun 2011 ni..Banyak juga pengajaran dan teladan yang ambo perolehi sepanjang menempuh tahun 2011 yang bakal berakhir nanti..Bagi ambo apa yang telah berlalu sepanjang tahun 2011 ini kita jadikan pedoman dan panduan untuk menempuh tahun 2012 yang mungkin lebih mencabar lagi..

Teruskanlah dengan apa yang kita ada dan sebati di dalam jiwa kita kerana itu adalah lebih baik untuk diri kita sendiri.. Terus mara ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang lagi kerana perkaran yang mendatang itu mungkin ada kebaikan dan kelebihan disebaliknya..

Memory 2011

Ambo ingin mengucapkan terima kasih 
dan memohon maaf jika ada salah dan silap ambo sepanjang tahun 2011 in..
Terima kasih juga kepada yang sudi membaca.. 
Selamat Tahun Baru 2012

Monday 26 December 2011

Di Petang Hari Hujung Minggu...

Assalamulaikum...

Minggu study week bagi pelajar-pelajar UiTM telah pun bermula hari ini, sama la juga bagi ambo di sini..Walaupun minggu study week telah bermula, tetapi hakikatnya tidak sebegitu..Masih banyak lagi assignment dan report2 yang perlu disispkan..tidak seperti semester2 yang lepas..bermula je minggu study week, semua cepat2 hendak pulang ke kampung masing-masing..

Selepas 2 hari cuba menyiapkan report GIS yang banyak memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk disiapkan..Ambo dengan tenang hati meninggalkan report2 tersebut semalam dan menuju ke Bandar Baru Sungai Buaya untuk membantu bapa sedara ambo berpindah ke Kemaman,Terengganu..Sempat la juga ambo menolong mengangkat barang2 untuk dimasukkan ke dalam lori..Semasa kat sana ambo sempat la bertemu mak sedara ambo yang datang dari Kemaman bersama2 Nenek ambo untuk sama2 menolong..Selepas balik petang semalam, macam biasa la kerja ambo menyiapkan report2 yang berlambak..hehehe..

Kalu jual kerusi ni laku jugok ni..buleh seng sikit..hahaha..

letak molek kerusi tu nanti boleh duduk blakng lori jah..hehehe..

Baju oren tu ambo dok berapo kenal sangat..sesat rasanya..hahaha..

Ni la rumah lama Bapa Sedara ambo di Sg Buaya, Rawang.

Cerita hari ni pula tak berapa best sangat..dari pagi smpai tnghari duduk kat rumh je..petang tadi je ambo keluar sekejap menuju ke UiTM Shah Alam untuk mencuci motosikal biru ambo tu bersama2 seorang kawan dari Seksyen 7. Dia pun join bersama ambo petang tadi membersihkan motosikal dia padang kawad UiTM. Kat sana nak cuci motosikal senang sebab air je..Bukan setakat nak basuh motosikal je boleh, bas pun boleh join skli kat situ..hehe..Terima Kasih diucapkan kepada pihak UiTM Shah Alam..

Ish..kotor lagi moto ni..

Moto Biru ambo la tu..

Fuhh..bersih pun moto ni..hehehe..


Jumpa Lagi..TQ

Saturday 24 December 2011

Bukit Jelutong & Swimming At Night

Assalamulaikum semua..

Ambo rasa minggu ni penat sungguh sebab banyak sangat Test dengan Assignment yang kena buat..Tambah lagi dengan report yang banyak nk kena submit minggu depan..Kalau kat rumah sewa ni ambo duk mengadap laptop je 24jam dari pagi smpai malam...tp bukan buat kerja sangat pun..skejap tngak movie, dengar lagu, menyembang atau blogwalking tngk2 yang mna entry best2..hehehe..

Petang semalam selepas siapkan separuh report GIS..ambo rasa macam nk hirup udara segar kat luar sebab seharian ambo duk kat rumh je siapkan report..tp tak siap2 jgk..hahaha..jadi ambo pun keluar la bersama2 kawan ambo sorang ni menungang motosikal ke Bukit Jelutong..Sampai di Bukit Jelutong tu baru ambo dapat rasa udara yang segar dengan suasana yang tenang dan aman..tapi selepas pusing2 nak balik ke Shah Alam tu lain pulak jadinya..masa pergi dapat hirup udara segar tapi masa balik hirup air hujan pulak..basah lencun ambo bersama kawn ambo sorang tu smpai ke Shah Alam..hahaha..

Sebelah malam tu pulak ambo bersama-sama budak2 rumah sewa ambo pergi berenang pulak..lama jugak dah ambo tak pergi berenang sebenarnya..sibuk je setiap minggu..masa berenang semalam tu sempat la jugak ambo bersama kawan-kawan ambo berposing dengan kamera di dalam air menggunakan kamera Olympus U Tough Waterproof..Kat bawah ni ada la gambar2 yang sempat ditapis untuk blog ambo ni..hehe..

View from Swimming Pool
Aksi kuak lentang oleh fazlan..

Underwater shoot..

Comel tak..hehe..

Sempat posing lagi yang tengah tu..hahaha..

Peace..

Macam kenal je baju kuning tu..hahaha..

Tq for reading..

Thursday 22 December 2011

Majlis Kecemerlangan Atlet FSPU 2011

Assalamulaikum...

Selepas je ambo habis test GIS malam tadi di jabatan SUG di menara, ambo bersama member2 terus ke fakulti untuk majlis makan malam dan juga  Majlis Mecemerlangan Atlet FSPU 2011..Walaupun ambo sampai lewat sedikit selepas majlis bermula, tetapi majlis penyampaian hadiah masih belum bermula..masih sempat lagi nak terima hadiah nanti..hehehe.. 
Posing dulu sebelum menerima hadiah..hehe

Amirul sebagai jurukamera baru ambo dan juga atlet petanque FSPU
Pada majlis malam tadi, ambo bersama member2 pasukan petanque lelaki telah menerima sebuah piala pusingan daripada Dekan FSPU Prof.Madya Dr. Masran Saruwono berserta sijil penyertaan sebagai johan acara petanque lelaki SAF 2011 ..Apa yang ambo tak jangka pada majlis tersebut adalah pasukan ambo pasukan petanque lelaki telah memenangi anugerah Berpasukan Terbaik (Lelaki) Sukan Antara Fakulti (SAF) FSPU 2011..

Anugerah Berpasukan Terbaik Lelaki SAF FSPU 2011

Pasukan Petanque FSPU SAF 2011

Bergambar bersama hadiah dan piala pusingan..

Kat sebelah ambo tu namanya cik ct..

Cerita ambo kat fakulti sebenanrnya tak habis lagi ni..belum berakhir lagi..sempat lagi ambo bersama2 member ambo singgah kat jalan menuruni bukit kat fakulti untuk mengambil gambar panorama uitm sebelah seksyen 7 pada waktu malam..hehehe...nak merakam keindahan UiTM pada waktu malam katakan..saksikan hasilnya kat bawah ini..tq..
Fujifilm - Uitm At Night

Panasonic Lumix - Uitm At Night

Fujifilm -
Panasonic Lumix

Tuesday 20 December 2011

Dinner For Winner SAF Petanque 2011 D'Arab Cafe

Malam semalam merupakan malam untuk meraikan kemenangan bagi skuad Petanque SAF FSPU yang berjaya meraih Emas dan Gangsa pada Kejohanan Sukan Antara Fakulti UiTM 2011 yang lalu..Majlis secara kecil-kecilan tersebut telah diadakan di Restoran D'Arab Cafe Seksyen 7 Shah Alam..

Tengah tnggu hidangan siap..

Sebenarnya majlis tersebut diadakan untuk meraikan kemenangan untuk skuad petanque lelaki dan perempuan serta pembahagian hadiah bersama madel pingat kemenangan..Ambo sebenarnya pertama kali memjejak kaki masuk di restoran tersebut di Seksyen 7..Biasanya ambo melintas je kat luar kedai tu untuk menuju masuk ke pasaraya Giant..Masakan nasi arab kat restoran tu macam biasa je bagi ambo..tapi yang paling best bagi ambo kebab dia..fuhh..sedap sungguh..nanti ambo tunjuk gambar menu kat restoran arab tu kat bawah ni nanti..

Tu la pingat yang ambo dapat..

Bersama pingat dan hadiah..hehe..


Ambo sebenarnya nk ucap bnyk2 terima kasih kepada Kak Safura dgn Sharul sbb diaorng yang banyak membantu ambo dgn rakan-rakan sehingga berjaya memenangi emas dan berjaya untuk mengadakan majlis makan malam untuk meraikan pasukan petanque FSPU..

Hidangan nasi arab dah sampai..

Nasi Arab di tanah melayu..

Set Nasi Arab untuk 3 orang..
Yang ni paling best..kebab arab..

Menu paling sedap..hehe..

Keras pulak ayam ni..ayam pencen kot..haha..

Habis licin semua..hahaha..



Terima kasih untuk semua..All the best..

Majulah Sukan Untuk Negara..

Sunday 18 December 2011

Perasmian Penutup SAF UITM Shah Alam 2011

Pada sukan SAF tahun ini merupakan julung-julung kalinya ambo menyertai berbarisan kontijen atlit mewakili Fakulti Senibina Perancangan & Ukur..pada SAF sebelum-sebelum ni ambo hanya menyertai sukan sahaja tanpa menyertai perbarisan sekali..Tapi pada SAF tahun ini rasa ada kelainan sedikit..mungkin disebabkan semangat kesukanan yang berkobar-kobar setelah memenangi pingat emas dalam acara Petanque SAF aritu..

Sebenarnya menyertai perbarisan ini rasa seronok juga..macam-macam gelagat pelajar-pelajar dapat dilihat semasa perbarisan tersebut..yang seronoknya tentang maskot perbarisan untuk Fakulti ambo..yang memakai kostum maskot tu sebenarnya rakan sekelas ambo..dia ni memang orang yang kelakar juga la..macam-macam la gelagat maskot tu yang mencuit hati orang ramai..ambo rasa tu la yang paling best skli pada malam tadi..

Bersama maskot FSPU..kawan ambo kat dalam tu sbnrnya..hahaha..


Apapun, secara keseluruhan Fakulti ambo atau dikenali sebagai FSPU telah menjadi naib johan untuk temasya Sukan Antara Fakulti 2011 UiTM Shah Alam pada tahun ini..Tahniah & terima kasih semua..

ambo yang tengah posing tu..haha..

Team FSPU

Smile..1..2..3..ok..

Kejuaraan Atlet Petanque FSPU..
Ambo bersama piala kemenangan..hehe..

Jemputan Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan

Pada tengahari tadi ambo bersama2 rakan-rakan telah bertandang ke majlis kesyukuran dan jamuan makan yang  diadakan oleh pelajar-pelajar perempuan kelas kuliah ambo yang bertempat dia kediaman diaorng di seksyen 6, berdekatan juga dengan rumah sewa ambo sebenarnya..hehe..

Kad jemputan boleh buat pinggan..hehe

Pada malam semalam ambo telah besepakat dengan rakan-rakan untuk menyediakan sedikit juadah untuk dibawa bersama ke majlis tersebut..nak tahu apa yang ambo telah sediakan..ambo bersama-sama din,roomate ambo telah membuat agar-agar sirap atau dalam bahasa moden dinamakan puding atau bahasa kelantan org panggil "beleda"..
Agar-agar merah tu ambo yang buat..sedapp..haha


Majlis tnghari tadi bermula pada pukul 1 berserta dengan bacaan yassin dan sesudah itu bermula majlis makan-makan..terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi menjemput kitaorng semua untuk menghabiskan lauk-lauk yang ada..sebenarnya tak habis pun..hehehe..tq..

Tak boleh makan lagi..tengok2 lauk dulu..

Bacaan Yassin...

Selamat menjamu selera..

Tuesday 13 December 2011

Expedisi Kelong Teluk Gong 2011


Pada minggu lepas ambo bersama rakan-rakan telah berbincang untuk bercuti sambil memancing dan menenangkan fikiran di sebuah kelong di Kg Teluk Gong, Klang. Sebenarnya idea untuk bercuti di kelong ini diperolehi daripada laman web mudah.com..Kelong ini merupakan pondok atau rumah terapung di atas air sama ada di lautan atau di sungai.

Kelong Teluk Gong, Klang 
 
Expedisi Kelong Teluk Gong ini telah diserai oleh ambo bersama-sama 13 orang kawan sekuliah ambo di UiTM Shah Alam. Perjalanan ke kelong bermula dari rumah sewa ambo di seksyen 6 bersama 5 buah motosikal dan sebuah kereta. Ambo bersama rakan-rakan bertolak dari Shah Alam pada pukul 1 tnhgari dan tiba di jeti Kg Teluk Gong dalam pukul 1.30 tnhgari. Sebelum tiba di jeti kami semua terpaksa menunggu sebuah kereta rombongan kami yang tersesat arah. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke kelong tepat pada waktunya..haha..

Menunggu kereta yang tersesat arah..

Pasukan bermotosikal ke Kelong

Kami semua tiba di jeti pada pukul 2 petang dan terus menaiki bot untuk ke kelong tersebut. Perjalanan bot terpaksa dilakukan 2 kali ulang alik ke kolong kerana kami terlalu ramai bersama muatan barang yang banyak.

Baru sampai kat jeti
Tekong bot..haha

Awak-awak bot..


Bot menuju ke Kelong..

Sudah sampai di kelong..
 
Pertama kali menjejak kali ke kelong, perasaan kami semua sangat teruja dan seronok. Kelengkapan di kelong tersebut sangat elok dan terjaga. Ambo pun sebenarnya tak sangka kelong tersebut dilengkapi dengan tandas yg baik, dapur, 1 blik tidur, ruang rehat menghadap laut, set karaoke, set BBQ dan air bersih untuk kegunaan memasak dan bilik air.

Meninjau keadaan kelong

Berehat sebentar dari kepenatan
Awal-awal lagi setelah sampai di kelong, kitaorang telah mempersiapkan joran masing-masing untuk mencuba nasib menaikkan ikan yang “ besar ”. Disamping ada yang mencuba nasib memancing ikan, ada jugak yang bersantai bersama papan karom, tak kurang juga yang melalak bersama karaoke di siang hari. Kalau ikut plan, aktiviti karaoke sebenarnya pada sebelah malam tapi ada yang dah tak tertahan melihat mikrofon  dan set speker yang besar untuk melalak..hahaha..

Bersantai sambil bermain karom

Mempersiapkan joran

Yang ni dah start karoake

Mencuba nasib...
Aktiviti pada sebelah petang pula diisi dengan jamuan petang yang disediakan oleh krew memasak kitaorng yang diketuai oleh Cik Din dan Mirul..Simple tapi lazat..sebab semua tngah lapar perut time tu..sentap semua yang ada..

Menjamu selera waktu petang di kelong


Dalam ada yang bergembira sambil minum petang dan bersntai, takala ada yang berduka dan kecewa bersama batang joran di tepi kelong mengenangkan nasib tangkapan yang tiada langsung.

Sabar menunggu..main sms dulu..hehe..

ZZzzzz...


Pada sebelah malam pula selepas selesai solat maghrib, krew masakan kitaorng beraksi lagi.. Tapi untuk kali ini krew masakan kitorng telah dibantu  secara gotong royong untuk memasak bihun goreng 3 layer, BBQ dan air tea. Peergghhh..Sentapp..pedas sunggh masakan malam tu..

Persiapan terakhir sebelum menjamu selera

Selamat menjamu selera..

BBQ Special..

Krew masakan di dapur..

Selepas selesai menjamu selera, aktiviti melabuhkan joran bermula kembali..Dalam kegelapan malam sambil diterangi samar-samar cayaha lampu neon, tiada satu  joran pun yang mengena mangsanya. Namun kami semua tidak berputus asa dan terus mencuba..

memancing pada waktu malam..


Beberapa jam kemudian, kelihatan titisan air mencurah dari langit membasahi lantai kelong kami, namun semangat kental kami tidak luntur dan kami terus menyentap batang joran dalam kebasahan hujan..sejuk pada waktu itu tidak terkata sehingga mencucuk ke dalam sum-sum tulang..huhuhu..
Memancing dalan hujan..

Selepas beberapa jam, ramai diantara kami yang telah terlena dibuai mimpi..mungkin penat menunggu hasil tangkapan yang tidak kelihatan untuk berhasil..Lebih kurang pukul 3.30 pagi dalam kesejukan hari hujan, ambo telah berjaya memperolehi tangkapan pertama..walaupun kecil tetapi perasaan seronok dan puas telah berbalas dengan kepenatan menunggu drp petang hari lagi..seterusnya tangkapan kedua,ketiga dan keempat berjaya dinaikkan oleh kawan-kawan ambo pula..

Tangkapan pertama

Tangkapan kedua
Tangkapan ketiga


Tangkapan keempat


Keesokan hari selepas mencuba nasib pada waktu malam, kawan-kawan ambo pula cuba untuk mencuba nasib pada waktu pagi yang tenang di kelong tersebut.. Cubaan tersebut membuahkan hasil dengan tangkapan terbesar yang berjaya kitaorng tangkap pada expedisi kali ini. Selepas tngkapan tersebuat, tiada lagi tangkapan yang berjaya dilakukan oleh kitaorng.. Semua hasil tangkapan telah dijadikan sajian sebelum bertolak pulang ke Shah Alam.

Tangkapan terbesar & terakhir oleh Din


Selepas selesai berkemas dan bersiap, lebih kurang pukul 12 tengahari, kitaorng telah bertolak balik menaiki bot ke jeti nelayan Kg Teluk Gong untuk pulang ke Shah Alam selepas 2 hari 1 malam berada di kelong Kg Teluk Gong, Klang Selangor.



Pulang...

Kenangan Kelong Teluk Gong 2011
 Jumpa lagi di lain Expedisi..terima kasih..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...